- Semasa

Innalillahi Wainnailaihi Rojiun – Perginnya Azizah The Legend

SELEPAS sekian lama menderita akibat penyakit kans3r, pelakon Wafa Abdul Kadir akhirnya menemui Penciptanya dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi Sabtu.

Berita kehilangan pelakon berusia 52 tahun itu disahkan oleh sahabatnya, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar.

Beliau meninnggal dunia di rumahnya di Tropicana, Petaling Jaya.

Malah personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi turut sama berkongsi kesedihan itu.

“Jelas rancangan Allah di luar dugaan kita. Hari ini saya kehilangan Kak Long – Wafa Abdul Kadir saya. Dan hari ini jua saya akan menempuh hidup baru. Hebat sungguh dugaan Yang Esa. Saya sedih, namun Allah berikan jua kegembiraan. Sukar, namun itulah hakikatnya,” kata Ras Adiba.

Wafa bersama suami tersayang yang sentiasa bersamanya.

Wafa yang juga pelakon Azizah The Legend menghidap kans3r ovari dan peritoneal tahap empat.

Dia sudah menjalani 18 kali rawatan kemoterapi bagi mematikan sel kanser pada tahun 2016.

Penyakit kanser dikesan pada 2014 dan pada April 2015 beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan ormentum (lapisan yang menutup bahagian perut).

Selepas itu beliau sering berulang-alik ke Institut Kanser Negara, Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.

Wafa ialah anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Talib.

Wafa melalui tiga kali fasa perkahwinan dan suami terakhirnya ialah Tajul Faizal Tamimuddin yang berusia 53 tahun.

Allahyarham memiliki beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Mstar

Sesungguhnya kami di Video Viral turut berdukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah.

error: Content is protected !!