iPhone 11 dijual pada harga RM23, hampir 300 pembeli kecewa dakwa dit1pu!

PEMBELIAN secara dalam talian kini menjadi trend masa kini kerana ia bukan sahaja mampu menjimatkan masa malah pembeli juga mempunyai pelbagai pilihan tanpa perlu keluar ke kedai.

Kini pembelian secara online sangat mudah untuk dibuat dan semuanya hanya di hujung jari. Penawaran platform pembelian atas talian yang pelbagai juga sangat membantu pembeli untuk membuat pilihan mahupun rujukan.

Namun, kebanyakan orang juga ada yang tidak berani untuk membeli barangan bernilai tinggi secara online kerana takut barang yang diterima tidak menyerupai seperti apa yang diiklankan.

Tambahan pula terdapat juga sesetengah pembeli yang meletakkan ‘harapan tinggi’ sehingga ada kalanya barang yang dijual murah tetapi inginkan kualiti setaraf premium.

Tak kurang juga pembeli yang tidak berfikir panjang untuk membeli sesuatu barang itu, terutamanya jika produk yang mereka ingin beli ini dijual pada harga yang murah.

Bagi mereka yang mahir dan tahu selok belok membeli secara online, pastinya mereka akan lebih berhati-hati apabila membeli sesuatu dengan membaca nama produk serta penerangannya.

Namun, berbeza pula dengan sesetengah individu seperti apa yang dikongsikan salah seorang pengguna Twitter baru-baru ini.

Melalui perkongsian tersebut menunjukkan seorang peniaga di laman membeli belah terkenal telah mengiklankan produk jualannya iaitu sebuah model smart phone jenama iPhone 11 pada harga RM23!

Ya! Murah bukan? Mana nak dapat smart phone berjenama berharga ribuan ringgit yang dijual semurah itu. Pasti ada yang tidak kena atau keterangan khas terhadap barangan tersebut.

Walaupun begitu, hampir 300 unit set juga telah berjaya dijual namun terdapat banyak komen maklum balas pelanggan yang membeli produk tersebut mengadu bahawa telefon tersebut tidak boleh digunakan dan memberikan peniaga berkenaan 1 bintang sekali gus mendakwa kedai itu menipu.

iPhone 11 dijual pada harga RM23, hampir 300 pembeli kecewa dakwa ditipu!

Hal itu adalah kerana mereka tidak sedar bahawa iPhone yang dijual itu adalah telefon untuk paparan di kedai sahaja atau ‘dummy set’ seperti yang jelas diletakkan dalam nama produk.

‘Sudah terang lagi bersuluh’! Tak mungkin iPhone 11 dijual pada harga serendah itu dan keterangan produk juga jelas telah diberikan oleh peniaga tersebut.

Jadi, siapa salah?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: