- HIburan

Jaa Suzuran Buat Hal Nyanyi Lagu Di Matamu Dalam LRT .

PENYAMPAI radio Era FM, Jaa Suzuran menganggap kritikan netizen terhadap cara dia mengacarakan program Meletop  sebagai satu semangat untuk jadi lebih baik.

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 24, berkata, dia masih baharu dalam industri seni dan melalui proses pembelajaran terutamanya pengacaraan.

“Saya sudah jangka akan dikecam kerana Meletop satu program besar dan digandingkan pula dengan Neelofa sudah tentu saya rasa gementar.

“Diberi peluang menggantikan Nabil Ahmad adalah satu peluang besar bagi saya sebagai orang baru,” ujarnya

Jaa mengulas kritikan penonton program berkenaan yang menganggap dia tidak layak mengendalikan rancangan yang bersiaran langsung setiap Selasa itu.

Menurut netizen, penyampai ini terlalu berlebih-lebihan dan menjengkelkan ketika mengacarakan program satu jam itu.

VIDEO:

Sementara itu, Jaa berkata, dia tidak patah semangat dan menganggap orang ramai masih tidak mengenalinya.

“Saya bawa cara saya pada malam itu, kalau mereka kata saya over kat mana yang over itu? Mereka tidak kenal saya.

“Tapi tidak mengapa, saya ambil semua komen itu sebagai sesuatu yang membina untuk saya perbaiki pada masa akan datang.

“Mungkin saya terbawa-bawa cara penyampaian di radio ke program televisyen membuatkan orang menyangka saya berlebih-lebihan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jaa berkata, dia berterima kasih kepada orang ramai yang memberi respons sama ada baik dan buruk.

Jaa menganggap peluang yang diberikan untuk menjadi pengacara undangan program popular itu sebagai satu pencapaian baharu dalam kerjaya seninya.

Sumber : IG Jaa Suzuran via viral kami

like facebook kami di page Layan Video

About videoviral

Read All Posts By videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *