5 aplikasi dibangunkan Jakim yang mungkin ramai tak sedar, sangat memudahkan urusan kita

ZAMAN sekarang ini agak janggal rasanya apabila orang bertanyakan tentang waktu solat.

Apatah lagi apabila individu berkenaan mempunyai telefon pintar di tangannya.

Masakan tidak, sepatutnya dengan telefon itu kita boleh membuat carian masuknya waktu solat. Semua maklumat

ada di hujung jari dan boleh diperoleh di mana sahaja kita berada, asalkan ada capaian internet.

Begitu juga dengan al-Quran. Segalanya boleh diakses mudah menerusi aplikasi yang terdapat pada telefon

bimbit masing-masing.

Kemudahan berkenaan sangat membantu kita bukan sahaja untuk mengaji, tetapi juga waktu solat dan kadangkala

boleh menyemak hadis sahih juga.

Begitupun, terlalu banyak aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi Play Store dan iOS. Kadangkala sampai

rambang mata untuk membuat pilihan.

Terdetik juga dalam hati, boleh dipercayai ke maklumat yang dipaparkan dalam aplikasi ini? Kalau tidak betul, sudah jadi cerita lain pula.

Jika tunaikan solat bukan pada waktunya atau salah baca ayat al-Quran, bukankah itu berdosa dan menyusahkan diri namanya?

Kepada mereka yang waswas, lupakan sahaja perasaan itu. Barangkali ada yang tidak sedar atau tidak perasan

bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ada membangunkan beberapa aplikasi berkaitan untuk kemudahan umat Islam di seluruh negara.

Jom kita tengok apa aplikasi yang disediakan oleh Jakim dan kerajaan Malaysia ini.

1. Smart Quran

Mungkin ramai yang perasan tentang aplikasi ini. Apa tidaknya, ia antara aplikasi terawal yang dibangunkan

oleh Jakim dan Kerajaan Malaysia iaitu lebih dua tahun lalu.

Menariknya tentang Smart Quran ini, ia sebenarnya merupakan aplikasi mudah alih al-Quran yang pertama

diluluskan oleh Lembaga Kawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia di

bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326).

Kelulusan ini sangat penting bagi memastikan tiada kesilapan teks al-Quran yang boleh menjejaskan kesucian

kitab suci ini, selain memastikan ia sahih dan tiada penyelewengan. Ia turut diaplikasikan dalam pencetakan

dan penerbitan mushaf al-Quran yang diimport dan diedarkan di dalam negara ini.

Dalam aplikasi yang dibangunkan dengan Kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ini, Smart

Quran terdiri daripada mushaf Madinah V2 dengan terjemahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Menariknya, ada audio daripada qari terkemuka dunia antaranya Syeikh Abdullah Ibn Ali Basfar, Syeikh Ali al

Huzaifi, Syeikh Ibrahim al Akhdar dan Syeikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf.

2. mySolat

Aplikasi dibangunkan Jakim

Apa sahaja berkaitan perihal solat, semuanya terdapat di dalam aplikasi ini. Antara fungsinya termasuklah waktu solat bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Jika ragu-ragu tentang arah kiblat pun, aplikasi mySolat dapat membantu kita mencari kedudukan yang betul untuk menghadap Kaabah yang memakan beribu batu jaraknya.

Selain itu, aplikasi yang mula diperkenalkan sejak April tahun lalu itu turut memaparkan kalendar Islam, masjid berhampiran, doa harian, koleksi bacaan, infografik, tasbih digital dan lain-lain lagi.

3. SmartHalalApps

Aplikasi dibangunkan Jakim

Bagi mereka yang tercari-cari produk makanan dan minuman serta premis makanan halal, boleh gunakan aplikasi ini untuk menyemak status halalnya.

Ia dibangunkan oleh bahagian Hab Halal Jakim. Selain itu, kita juga boleh menyemak rumah sembelihan, bahan habis pakai, kosmetik dan produk farmaseutikal dan perkhidmatan logistik yang disahkan halal oleh Persijilan Halal Malaysia.

4. Smart Hadith

Baru sahaja dilancarkan pada awal tahun ini, aplikasi ini telah menerima lebih 10,000 muat turun. Namun begitu, aplikasi itu telah diperkenalkan sejak tahun lalu lagi.

Smart Hadith berfungsi sebagai platform untuk mendapatkan hadis dan proses semakan hadis yang sahih.

Terdapat banyak koleksi hadis yang disediakan berdasarkan kitab, bab, perawi dan lain-lain lagi.

5. Smart Muslim

Aplikasi dibangunkan Jakim

Jika ingin mendapatkan maklumat tentang pembelajaran asas Pendidikan Islam, aplikasi Smart Muslim adalah

jawapannya. Jakim telah bekerjasama dengan SKMM bagi membangunkan aplikasi berkenaan.

Tujuannya adalah untuk menyediakan satu mekanisme pembelajaran Pendidikan Islam kepada semua lapisan

masyarakat dan semua peringkat umur.

Ia juga boleh menarik minat ramai kelompok masyarakat untuk mengkuti pembelajaran ini di masjid dan surau.

Paling penting, konsep dakwah dapat disebarluaskan menerusi platform dalam talian.

Fasa pertama aplikasi iru merangkumi lima tajuk bidang fiqh iaitu bersuci, solat, korban, zakat dan pengurusan jenazah.

Usah risau dengan kandungan yang dipaparkan di dalam aplikasi ini kerana terdapat dua orang Felo Penyelidik

Fatwa Jakim yang bertindak sebagai panel penilai untuk menyemak, menilai dan mengesahkan kesasihan

kandungan.

Malah, aplikasi ini turut menggunakan rujukan yang masyhur antaranya kitab Fiqh al-Manhaji Mazhab Syafie

dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman yang diterbitkan oleh Jakim.

Rupanya selama ini terdapat banyak aplikasi yang disediakan oleh pihak Jakim untuk kemudahan kita.

Jadi, apa kata kita manfaatkannya bersama agar kehidupan kita lebih yakin dan tidak lagi dihantui perasaan waswas.

Sumber: Play Store & Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Foto: Play Store & Freepik

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: