- Viral

Jual Petai Sambil Berdakwah.

Kuala Lumpur: Seorang pendakwah menggunakan pendekatan unik iaitu menjual petai untuk membiayai misi kemanusiaan membantu asnaf dan fakir miskin di kawasan pedalaman di Batu 8 Sandakan, Sabah.

Dr Azizul Rahman Ahmad Yusuf, 38, berkata, pendekatan itu dianggap sebagai serampang dua mata kerana dia membantu memasarkan petai yang dikumpul mualaf dalam kalangan masyarakat Orang Asli dari Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang.

Menurutnya, mualaf masyarakat Orang Asli bukan saja perlu dibantu daripada segi penerapan nilai Islam malah hal ekonomi sekali gus menggalakkan mereka berdikari.

“Saya kerap berdakwah di penempatan masyarakat Orang Asli di pedalaman Pahang seperti Pos Titom, Pos Simoi dan Pos Lenjang melalui laluan Sungai Koyan.

“Alhamdulillah, ada antara mereka diberikan hidayah lalu memeluk Islam. Dalam masa sama setiap dua bulan, saya anjurkan program menyantuni asnaf di Sandakan.

“Petai yang dipetik saya beli secara pukal, jadi saudara baru dalam kalangan masyarakat Orang Asli tak perlu bersusah payah keluar ke bandar menjual hasil kutipan mereka,” katanya.


Video Penuh :

Beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Tam berkata, walaupun terpaksa memandu lebih 200 kilometer dari ibu negara ke Pos Lenjang, dia puas kerana dapat membantu kehidupan masyarakat berkenaan.

Mengenai dakwahnya di Sabah, dia menjelaskan semua itu adalah manifestasi hati dan jiwanya yang dipupuk untuk terus beristiqamah sejak mengikuti kumpulan dakwah di pedalaman Sabah pada 2000.

Dr Azizul berkata, sejak aktif bersama kumpulan dakwah di Sabah, hampir 1,000 individu yang dihampirinya memeluk Islam.

“Jadual terkini kami ialah ke kampung sampah di Sandakan Oktober ini. Bagi orang ramai yang mahu membeli petai segar untuk pembiayaan dakwah ini boleh membuat tempahan.

“Jualan adalah sekali ganda murah berbanding harga pasaran. Setiap ikat mengandungi 100 papan petai yang dijual pada harga RM100.

“Jualan amal ini akan berterusan mengikut musim tuaian hasil hutan di penempatan Orang Asli pedalaman Pahang. Bulan depan tempahan dibuka untuk buah perah,” katanya.

Menurutnya, jika tidak mahu membeli petai atau hasil hutan lain, orang ramai yang berhasrat membantu asnaf di Sandakan boleh menderma melalui akaun 164892054640 Maybank atas nama Azizul Rahman.

Like Facebook Kami di page layan Video

Sumber Mymetro via video viral

About videoviral

Read All Posts By videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *