- Kesihatan

“Kenapa tak cakap pil perancang punca kanser? Naya arwah kakak ipar aku…” – Doktor perubatan rungkai mitos

Baru-baru ini jadi kecoh di Facebook tentang kisah kematian dua orang wanita yang berpunca daripada pengambilan pil perancang. Kisah yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman itu yang menuduh pil perancang telah menyebabkan beliau kehilangan seorang kakak dan kakak iparnya yang mati akibat kanser.

Berikutan perkara itu, seorang pegawai perubatan Obstetrik dan Ginekologi, Muhammad Izzat telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Menerusi Twitternya, Dr. Izzat telah menerangkan kesan pengambilan pil perancang dari sudut perubatan.

Menurut Dr. Izzat, pengambilan pil tersebut dapat membantu menurunkan 50% risiko diserang penyakit kanser rahim dan ovari. Malah pil perancang dapat menurunkan peluang dari dapat masalah pada buah dada benign seperti fibrocystic dan fibroadenomatosis sebanyak 50-70%.

pil perancang mampu :

🌸50 % menurunkan risiko dapat kanser rahim dan kanser ovari pada wanita
🌸Menurunkan peluang dari dapat masalah pada buah dada benign seperti fibrocystic dan fibroadenomatosis sebanyak 50-70 % pic.twitter.com/3Bws88le5C

— 𝕯𝖗. 𝕴𝖟𝖟𝖆𝖙 (@muhammadeizat) September 11, 2018

Baca jurnal…

Tambahnya lagi, terdapat banyak bahan bacaan seperti jurnal perubatan yang berdasarkan kepada kajian bertahun-tahun telah membuktikan pengambilan pil perancang sebenarnya tidak berbahaya kepada wanita.


Hentikan mitos!


Doktor, kalau saya menghidapi….

Seorang pengguna Twitter, @emilylims telah membalas tweet tersebut dengan bertanyakan beberapa soalan sama ada boleh atau tidak untuk mengambil pil perancang sekiranya seorang wanita itu menghidapi penyakit fibroadenoma.

Pendapat netizen…

Malah ada segelintir netizen menyuarakan pendapat mereka mengapa mitos ini tular dalam kalangan masyarakat.




Like Facebook Kami di Page Layan Video

Sumber : Dr Muhammad Izzat

About videoviral

Read All Posts By videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *