- HIburan

“Kenapalah konti kita bukan dekat Johor? Kalau tak mesti dah cuti…” Hot FM Minta Maaf Pengacara Celup4r

Stesen radio Hot FM membuat permohonan maaf rasmi terhadap kata-kata dan penyampaian juruhebahnya ketika segmen Geng Pagi Hot pada Khamis yang telah menyentuh sensitiviti orang ramai berkaitan musibah pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang, Johor Bahru.

“Merujuk kepada pengisian Geng Pagi Hot pagi ini, kami memohon maaf sekiranya ia menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan orang ramai.”

Menerusi kenyataan di Twitter, pihak Hot FM berjanji untuk memperbaiki penyampaian dan berterima kasih terhadap teguran pendengar yang sentiasa prihatin terhadap stesen itu.

“Kami akan terus memperbaiki penyampaian dan ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pendengar.”
“Teguran dan sokongan anda sangat kami hargai,” ujar kenyataan itu.

Dari kiri; Fizie, Shuib dan Shuk. FOTO: Instagram Shuib.

Segmen itu yang dikendalikan Shuk, Shuib (Sepahtu) dan Fizie telah menerima kritikan ketika menemu bual Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal.

Semasa temubual itu, salah seorang penyampai telah berjenaka tentang perkara tersebut berbunyi “kenapalah konti kita bukan dekat Johor. Kalau tak mesti dah cuti”.

Perkara itu mengakibatkan sebanyak 111 buah sekolah diarah tutup serta merta.

Dalam kenyataan memohon maaf itu, pihak Hot FM turut mendoakan agar semua yang terkesan akibat musibah berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tabah.

Sumber: Mstar