- HIburan

Kepada Jejaka Yang Nak Jadi Menantu Fauzi Nawawi, Ada 3 Syarat Yang Ditetapkan

Anak kepada pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha sering menjadi perhatian netizen kerana kejelitaan serta kebijaksanaannya.

Mempunyai rupa paras yang cantik, Hanna mula menjadi tumpuan ramai ketika mendapat keputusan 10 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

📸 : @alyssumscarve

A post shared by Hanna Faresha (@hannafaresha) on

Kini, anak gadis Fauzi ini popular di kalangan pengguna Instagram dengan mengumpul jumlah pengikut seramai hampir 120,000 pengguna.

Mengakui sering menerima gurauan dari kalangan jejaka yang mahu menjadi menantunya, Fauzi tidak kisah dengan populariti yang dikecapi oleh anak daranya.

“Saya tak kisah asalkan dia tahu menjaga diri dan keperibadian. Saya suka juga sebab kalau pergi mana-mana, anak saya akan diberi keutamaanlah, macam artis juga,” seloroh Fauzi.

Sebelum ini, anak bujang pelakon ini, Fareez Fauzi telah terlebih dahulu menempa populariti selepas memenangi program realiti Mentor Milenia 2016.

 

View this post on Instagram

 

– 🌝 . inner hijab : @nawrahcloset

A post shared by Hanna Faresha (@hannafaresha) on

Ketika ditanya mengenai kriteria lelaki yang mahu dijadikan menantu, Fauzi meletakkan tiga ciri-ciri utama.

“Dengan siapa anak saya berkawan, siapa bakal menantu saya nanti, saya tiada halangan. Apa yang penting, saya sudah letakkan tiga perkara atau syarat-syarat.

“Pertama, lelaki itu harus pandai membaca kitab suci Al-Quran, kedua, dia haruslah mempunyai latar belakang dan tahu selok belok agama.

“Ketiga, dia mesti mempunyai pendapatan tetap dan bersungguh-sungguh dalam kerjayanya.

“Kalau sudah sampai jodohnya, saya tak halang dan mengikut sahaja asalkan dia memilih pilihan yang terbaik untuk dirinya,” katanya ketika ditemui di malam Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018).

Fauzi merangkul trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonannya dalam telefilem Qalbu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana rezeki berpihak kepada saya. Biarpun saya kini memberi fokus kepada bidang perniagaan, saya akan terus berkarya dan menyemarakkan dunia lakonan yang saya cintai ini,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

My daily shawl tutorial ❤️ (as per requested) . ps : matte satin shawl from @nrznashop

A post shared by Hanna Faresha (@hannafaresha) on

Foto & Video: Instagram Hanna, @dramasangat

Sumber: Gempak

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *