- HIburan

Khai Bahar Bercinta Dengan Siti Nordiana? Ini Pengakuan Mereka!

PENYANYI Khai Bahar tidak menolak sekiranya dia dan penyanyi serta pengacara Siti Nordiana mempunyai jodoh untuk bersama sebagai pasangan kekasih.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 25, berkata dia tidak kisah mengenai jarak usia kerana beranggapan semuanya bergantung pada jodoh.

“Orang kata la kalau dah jodoh tu tak kan ke mana kan. Jadi apa-apa pun saya tak boleh tolak jodoh atau melawan takdir tuhan yang sudah menentukan semuanya.

“Mana tahu, bila dah rapat lama-lama boleh terbercinta pula. Saya tak kisah mengenai jarak usia, kalau dah takdir dan kalau dah jodoh, saya terima sahaja,” kata Khai kepada mStar.

Khai ditemui ketika malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam, Ahad.

Khai Bahar dan Siti Nordiana diumum pemenang utama Anugerah MeleTOP Era 2019.

Pada acara kemuncak itu, Khai diumumkan sebagai Top Top MeleTOP (Lelaki) dan turut membawa pulang trofi anugerah Penyanyi MeleTOP.

Tambah Khai lagi, dia mengakui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Siti Nordiana memandangkan mereka kerap meluangkan masa bersama.

Bagaimanapun hubungan penyanyi lagu Bayang itu dengan Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana tidak melebihi seperti adik dan kakak sahaja.

“Saya memang rapat dengan Kak Nana. Kami pun selalu juga keluar makan bersama. Tapi buat masa sekarang ni hubungan kami macam adik dan kakak sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khai menganggap kemenangan di AME 2019 merupakan usaha gigih peminat yang menyayanginya sehingga membuatkan dia berasa lebih semangat untuk  buat yang terbaik dalam industri seni.

“Tiada istilah saya hebat tapi yang hebat itu adalah peminat-peminat saya. Mereka berusaha untuk mengundi saya setiap hari tanpa henti.

“Saya percaya mereka semua menyayangi saya menyebabkan saya rasa lebih bersemangat untuk meneruskan karier dalam bidang seni tanah air,” katanya.

View this post on Instagram

Jumpa esok uol 😘 @khaibahar94 #ame2019

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Selain Khai, Siti Nordiana juga memenangi anugerah sama iaitu Top Top MeleTOP bagi kategori Wanita dan Hos MeleTOP bagi AME 2019.

Khai Bahar menang lagi, Siti Nordiana buat kejutan AME2019

BUAT kali kedua penyanyi Khai Bahar muncul sebagai pemenang kategori utama Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019) menerusi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki).

Acara yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad turut memperlihatkan Khai, 25, membolot satu lagi trofi menerusi kategori Penyanyi MeleTOP.

Menerusi kemenangan itu, Khai membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, penyanyi Siti Nordiana mencipta kejutan apabila diumum sebagai pemenang Top Top MeleTOP (Wanita) selain membawa pulang satu lagi trofi iaitu bagi kategori Hos MeleTOP.

Bagi kategori itu, Siti Nordiana menumpaskan empat calon kegemaran lain iaitu Alif Satar, Jihan Muse, Sherry Alhadad dan Zizan Razak.

Syafiq Kyle memenangi tiga kategori di AME2019.

Seperti Khai, Siti Nordiana, 35, membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM10,000 berserta trofi.

Pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu drama lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak iaitu Lelaki Kiriman Tuhan memenangi anugerah Drama MeleTOP.

Bagi kategori filem, Munafik 2 arahan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof membawa pulang trofi Filem MeleTOP.

Pelakon Eyra Hazali pula menumpaskan empat calon lain iaitu Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Luqman Faiz dan Andi Bernadee bagi membawa pulang trofi Artis Baharu MeleTOP.

Kategori Si Cilik MeleTOP pula memperlihatkan anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Yusoff Al Qardawi memenangi trofi tersebut.

Pasangan Duo MeleTOP.

Gandingan duet Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini pula membawa pulang trofi Grup/Duo MeleTOP.

Sementara itu, AME2019 memberikan Anugerah Khas kepada penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau bagi menghargai bakti beliau dalam bidang seni selama 51 tahun sejak 1968.

Raja Gelek Malaysia ini juga memiliki 300 buah lagu di dalam EP, LP, Kaset serta CD selain pernah menerima Rekod Emas, Penyanyi Terbaik Lelaki dan PAPITA sekitar tahun 70-an.

Anugerah itu disampaikan pengacara AME2019 iaitu Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse.

Tampil dengan tema Yang Legit, Yang Legend – AME2019 menampilkan persembahan daripada Ayda Jebat, Misha Omar, Hael Husaini, Andi Bernadee, Exists dan ramai lagi.

Pemilihan pemenang dilakukan berdasarkan seratus peratus undian peminat menerusi laman web khas yang disediakan.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AME2019

Artis Baharu MeleTOP – Eyra Hazali

Si Cilik MeleTOP – Yusoff Al Qardawi

Fesyen MeleTOP – Syafiq Kyle

Couple MeleTOP – Nur Fazura & Fattah Amin

Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era

Penyampai Radio MeleTOP – Johan

Program MeleTOP – Sepahtu Reunion Live Al-Puasa

Hos MeleTOP – Siti Nordiana

Artis Lawak MeleTOP – Jep Sepahtu

Drama MeleTOP – Lelaki Kiriman Tuhan

Pelakon TV MeleTOP – Syafiq Kyle

Grup/Duo MeleTOP – Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar

Lagu MeleTOP – Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)

Filem MeleTOP – Munafik 2

Bintang Filem MeleTOP – Syafiq Kyle

Top Top MeleTOP (Lelaki) – Khai Bahar

Top Top MeleTOP (Wanita) – Siti Nordiana

Sumber : Mstar

About videoviralzulkalnain2019

Read All Posts By videoviralzulkalnain2019
error: Content is protected !!