- HIburan

“Kuatlah Ibu Muda..”- Best & Sedap! Bella Astillah Nyanyi, Tetap Terima ‘Kata Semangat’

Siapa sangka, sejak kebelakangan ini rumah tangga Bella Astillah bersama pelakon dan penyanyi terkenal, Aliff Aziz kembali menjadi perbualan ramai sehingga pelbagai spekulasi timbul.

Bagaimanapun, Bella dilaman Instagram sudahpun memberi kenyataan mengenai rumah tangganya. Ibu anak seorang ini telah menerima pelbagai komen positive daripada rakan artis serta netizen yang mendoakan terbaik buatnya.

Terbaru, Bella yang juga dikenali sebagai seorang yang bersuara merdu memuat naik video nyanyiannya yang menarik perhatian pengikut dilaman Instagram.

Tersentuh sampai ke jiwa..

Namun apa yang paling menyentuh hati, lagu yang dinyanyikan Bella membuatkan netizen sedih. Apapun, ramai yang tetap memberikan kata-kata semangat buatnya.

 

View this post on Instagram

 

Bye Kota Kinabalu. See you again 💛 . . P/s: bha nnt saya upload the full version di igtv🙈

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Video yang meraih lebih 120 ribu likes dan pelbagai komen itu membuatkan netizen juga memuji suara Bella yang sangat ‘sedap’ didengar menerusi posting terbarunya itu.

Berpisah mungkin jalan terbaik – Bella Astillah

Setelah pernah dua kali cuba bertahan apabila suami dikatakan ada hubungan baik dengan pelakon Afifah Nasir pada 2011 dan kemudian dengan pelakon Oktovia Manrose iaitu anak komposer terkenal, Iwan awal tahun ini, terbaharu Aliff dikaitkan pula dengan peminat yang turut didakwa gadis bawah umur (16 tahun).

“Apa yang saya umum di Instagram adalah keputusan yang telah saya buat. Saya telah mengambil kata putus untuk move on dengan anak kerana mahu Ayden hidup dengan benda yang positif.

“Mungkin perp1sahan ini adalah jalan terbaik. Saya minta orang ramai doakan kebahagian saya dan Aliff. Mungkin tak ada jodoh. Saya mahukan yang terbaik untuk Ayden,” antara kata Bella yang memberi komen terhadap situasi rumah tangganya di sebuah stesen radio tempatan pagi tadi.

Bella menjadi bvruan media apabila suaminya sekali lagi terjebak dalam masalah yang membuatkan bukan sahaja namanya tercalar tetapi juga menimbulkan rasa marah dalam kalangan peminat beragama Islam dengan perkembangan sensasinya pada bulan yang mulia.

Gambar yang dimuat naik di Internet melihatkan hubungan 1ntim lelaki mirip Aliff itu, jelas menunjukkan kesilapan besar selain tidak menghormati bulan puasa selain kecvrangan seorang suami, mengundang kemarahan ramai andai itu memang kelibat pelakon berasal dari Singapura ini.

Diharapkan Aliff cuba selamatkan keadaan atau berdepan kemungkinan permohonan cer4i yang dibayangkan isteri.

Bella juga semalam memohon orang ramai tidak mengirimkan direct message (DM) atau gambar tak manis Aliff kepadanya bagi menghormati perasaan dan memberi ruang kepadanya untuk bertenang, yang ketika ini sedang berada di Kota Kinabalu bersama  keluarga.

Kedua-dua mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil Muhammad Ayden Adrean, 2 tahun

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Video Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Layan Video

 

 

Sumber : Bella Astillah

About widyantie

Read All Posts By widyantie
error: Content is protected !!