- HIburan

“Lagu Amelina versi Tamil sama naik versi Melayu” mungkin Santesh tonton ketawa dia.

(Video di bawah versi asal dan versi Tamil)

Penyanyi lagu Amalina, Santesh mengakui tidak menjangkakan single berbahasa Melayu pertamanya mendapat sambutan yang sangat positif.

Mula menjejakkan diri dalam dunia hiburan India tempatan semenjak tahun 2011, jejaka berusia 29 tahun ini sememangnya menanam impian untuk memasuki pasaran Melayu.

“Saya mula menghasilkan single Tamil pada tahun 2011. Semenjak itu, saya memang aktif menyanyi. Dalam hati kecil saya menyimpan hasrat untuk memasuki pasaran Melayu.

“Baru-baru ini, saya melihat ‘posting’ komposer lagu Amalina, Harry Khalifah di laman sosial. Dia sudah menyiapkan single tersebut dan sedang mencari penyanyi untuk mendendangkannya.

“Saya tak sangka percubaan saya menyanyikan lagu Amalina dalam cara tersendiri iaitu menukarkan liriknya dalam Bahasa Tamil mendapat perhatian.

“Harry menghubungi saya dan mahu saya merakamkan lagu tersebut. Apa yang membuatkan saya terkejut, lagu ini mendapat respon yang sangat positif. Ramai yang sukakan lagu Amalina,” kata Santesh.

VIDEO 1  Lagu Amalina dari Santesh

Mula dimuat naik di laman YouTube pada 27 Ogos lalu, lagu ini telah meraih hampir 2.3 juta tontonan serta menduduki tangga pertama carta trending YouTube ketika artikel ini ditulis.

Dalam pada itu, penangan lagu Amalina juga membuatkan Santesh mula mengumpul peminat dari kalangan orang Melayu.

Tapi kali ini mari kita tonton pulakk Lagu Amelina versi Tamil tapi bukan daripada Santesh…Min sendiri pun ta pahammm…

Video 2

apa kata netizen…

best gilerrr dia buka muluttt… 

sedap brader ni cover

sumber : IG lelakivsperempuan

About videoviral

Read All Posts By videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *