- Viral

Laugh Factory Pula Sam4n Harith Iskander RM40 Juta – Apa Terjadi Kepada Funniest Person In The World?

Pelawak Harith Iskander berhadapan dengan satu sam4n berjumlah AS$10 juta (RM40 juta) yang dikemukakan oleh pihak penganjur pertandingan Funniest Person in the World yang diadakan pada 2016.

Laugh Factory dalam saman tersebut menuntut ganti rugi berhubung pelangg4ran cap dagangan, penyel3wengan rahsia perdagangan, pelanggaran kontrak, persaingan tidak adil dan g4ngguan disengajakan dengan kelebihan ekonomi calon.

Sam4n itu difailkan oleh syarikat Laugh Factory sebagai sam4n balas selepas Harith memfailkan sam4n terhadap pihak tersebut atas dakw4an gagal melunaskan wang kemenangannya berjumlah AS$70,000 (RM280,000) daripada AS$100,000 (RM400,000) selepas menjuarai pertandingan itu.

Syarikat itu turut memohon mahkamah membatalkan keuntungan Harith dan ganti rug1 punitif.

Artikel yang diterbitkan mengenai kontroversi itu oleh Hollywood Reporter.

Menerusi dokumen mahkamah seperti dilaporkan Hollywood Reporter, Harith didakw4 mencipl4k rahsia perdagangan manakala pemilik Laugh Factory Jamie Masada mendakw4 pelawak itu yang mendekati pihaknya untuk menyertai pertandingan itu. Yang mana satu yang betul ni?

Jamie mendakw4 Harith menghubungi wakil Laugh Factory yang bertanya tentang membawa jenama itu ke Asia selain berhubung pertandingan tersebut.

Dalam kertas tuntutan itu, Jamie turut mendakw4, Harith menawarkan untuk membuka kelab-kelab Laugh Factory di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta selain mendakw4 bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Naj1b Tun Razak adalah ‘silent partner’ dalam perniagaannya.

Pihaknya turut menyangkal melangg4r sebarang perjanjian yang dibuat dengan Harith sebelum ini.

Bagaimanapun usaha itu tidak pernah dilaksanakan dan pihak Laugh Factory mendakw4 ia adalah pen1puan dari pihak Harith.

Saman itu difailkan pihak Laugh Factory pada 27 Februari lalu di mahkamah di California, Amerika Syarikat.

Harith pemenang Funniest Person in the World pada 2016. 

Sementara itu, Harith dalam jawapan balasnya terhadap sam4n itu menafikan tuduhan mengaitkan dirinya dengan Naj1b adalah sama sekali tidak benar dan akan menyerahkan sam4n itu kepada peguamnya.

Berhubung hadiah kemenangan Harith, Jamie mendakwa dia memberitahu Harith dalam surat bertulis bahawa pemenang mesti membuat sepuluh kemunculan di Amerika untuk mengadakan persembahan dan wang kemenangan itu akan dibayar sebanyak 10 kali dan mereka mendakwa Harith gagal memenuhi syarat itu selain men1pu untuk menang.

Kata Harith, dia tidak dapat mengawal sebarang dakw4an dan tudvhan tidak berasas terhadapnya dan menjelaskan dia hanya menuntut haknya sahaja.

Respons Harith di Facebook miliknya mengenai saman balas itu.

“Saya cuma seorang pelawak dari Malaysia yang hanya berniat untuk membuatkan negara saya berbangga dengan memenangi pertandingan antarabangsa dan saya cuma meminta hak yang dijanjikan sebagai pemenang. Tidak lebih, tidak kurang.”

“Pada tahap ini sebenarnya saya sudah membelanjakan lebih daripada apa yang saya terima.”

Saya tetap dengan dengan fakta dan tidak dapat mengawal sebarang gos1p dan sebarang penyebaran tudvhan tidak berasas,” ujarnya menerusi catatan di Facebook.

Sumber: Mstar

error: Content is protected !!