- HIburan

“Lelaki Hebat Bukan Yang Mengahwini Perempuan Solehah ,Tapi Pilih Wanita Biasa & Bimbing Jadi Perempuan Solehah” – Mustapha Kamal

Penting bagi seorang suami mahupun isteri saling mempamerkan akhlak yang indah pada pasangan masing-masing. Ini kerana setiap pasangan suami isteri merupakan cerminan diri mereka.

Sebelum setiap pasangan mahu mencorakkan pasangan, adalah amat penting untuk mencorakkan diri mereka dahulu. Tidak ramai manusia yang suka dirinya diubah ataupun dibetulkan sekalipun mereka perlu diperbetulkan.

Itu hakikatnya. Namun apa yang boleh kita buat untuk mengubah karakter pasangan kita yang kurang baik ialah kita dahulu perlu mengubah diri kita.

Perkongsian pelakon Mustapha Kamal menerusi laman facebooknya ini boleh menjadi pedoman buat kita semua dalam melayari rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

Macam sedang bodek sesuatu jea ni …..

A post shared by Mustapha kamal (@mustapha_kamal) on

Isteri adalah cerminan suami .

Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya .

Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh , menyusahkan , keras kepala atau sebagainya . Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar , membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu .

“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah ” . In sha Allah .

Siapa tak sayang isteri – Mustapha Kamal
Mustapha Kamal yang sedari tadi mendengar isteri tersayang bercerita mengenai kebahagiaannya mengendalikan rumah tangga dan anak-anak tersenyum apabila ditanya kehidupannya hari ini bukan sahaja dikeliling kemewahan malah anak-anak.

Siapa sangka, Mustapha Kamal mempunyai anak seramai 10 orang daripada tiga perkahwinannya. Bagaimanapun anak- anak daripada perkahwinan pertama dan kedua dipelihara oleh bekas isteri-isterinya.

Walaupun enam anak-anak saya dipelihara oleh ibu mereka tetapi saya tetap tidak lupa tanggungjawab terhadap mereka. Sebab itu apabila sudah dewasa mereka boleh bermalam di rumah kami dan mereka boleh menerima adik-adik mereka

Saya bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan Susan. Dia bukan sahaja boleh menerima saya sebagai suami, malah enam anak saya daripada dua perkahwinan yang terdahulu semua dianggap seperti anak sendiri.

Sifat keibuannya yang begitu menebal dan sikapnya yang sama rata dengan semua anak-anak saya membuatkan saya semakin sayang dan bertuah mendapat seorang isteri seperti Susan.

Siapa tak sayang isteri? Susan bukan sahaja isteri kepada saya malah ibu kepada 10 orang anak saya,” kata Mustapha Kamal.

Keluarga Bahagia, pelakon ‘lejen’ Mustapha Kamal, 56 & Susan Manen, 42.

Sudah 19 tahun rupanya usia perkahwinan pasangan ini dan dikurniakan dengan empat orang anak, Sabella Qawiema,18, Aulia Qayyiem,16, Salsabil Qurani,14, dan Naqli Qaddiem,11.

 

View this post on Instagram

 

Raya sakan tahun ni ….

A post shared by Mustapha kamal (@mustapha_kamal) on

Selain mempunyai empat orang anak daripada perkahwinannya dengan Susan, Mustapha Kamal juga mempunyai empat anak daripada perkahwinan pertamanya iaitu Darul Amir Hazin,36, Darul Ali Hafiz,34, Darul Azam Harris,32, Dayang Aimi Shahira,29 tahun.

Dua orang anak lagi hasil perkahwinan keduanya dengan pelakon Kak Yong iaitu Ayuna,25, dan Ayuni,22 tahun. Keseluruhan 10 orang anak.

Tampil manis bertudung, Susan mengakui masih dalam proses membiasakan diri.

 

View this post on Instagram

 

Happy birthday darling ..

A post shared by Mustapha kamal (@mustapha_kamal) on

“Sejak belajar mengaji dua tahun lalu, saya mula memakai selendang. Ramai tidak tahu perubahan saya, malah ada yang tidak perasan.

“Biar perubahan ini antara saya dengan Allah sahaja, tidak perlu dihebohkan. Insya-Allah, satu hari nanti saya akan berhijab penuh,” katanya.

Tambah Susan, suaminya sangat gembira dengan perubahan itu meski hanya berselendang.

Sumber: The Klasik

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *