- Viral

Rupanya Ini Punca Lelaki Menang Loteri RM21.8 Juta Terpaksa…

Seorang lelaki yang menang loteri sebanyak 4 juta pound sterling (RM21.8 juta) akhirnya terpaksa hidup merempat. Bagaimana itu terjadi? Ini terjadi selepas dia didakwa membeli tiket nombor ekor itu menggunakan kad bank cu ri.

Mark Goodram, 36, membeli nombor ekor itu dengan rakannya Jon-Ross Watson, 31, beberapa hari selepas keluar penjara.

Namun syarikat perju dian terbabit enggan membayar wang yang dimenangi kerana bimbang Goodram membeli nombor tersebut menggunakan kad bank cu ri selepas menyedari lelaki itu tidak mempunyai akaun bank.

Mereka pergi ke London selama empat hari menggunakan wang yang dipinjam daripada rakan selepas mengetahui nombor yang dibeli menang.

Seorang rakannya memberitahu Mirror:”Dia keluar penj@ra tidak lama sebelum dia menang tetapi wang itu tidak dibayar dan kini hidupnya lebih sukar.”

Goodram didakwa membeli nombor ekor itu menggunakan kad bank cu ri.

Selepas disoal siasat mengenai ketiadaan akaun bank, Goodram dan Watson memberitahu mereka membeli loteri itu menerusi seorang rakan yang dikenali sebagai John menggunakan kad debit miliknya.

“Dia amat kecewa kerana kemenangannya dibatalkan, tetapi dia percaya masih boleh mendapatkan semula wang itu. Dia kata akan mengheret syarikat perju dian itu ke mahkamah jika mereka enggan menyerahkan wang dimenanginya itu.”

Ketika disoal lebih lanjut mengenai maklumat John, mereka tidak boleh memberikan nama keluarga, alamat atau nombor telefon bimbitnya.

Kedua-dua pemuda dari Bolton itu menafikan mereka menggunakan kad debit curi yang untuk membeli tiket loteri itu. – Metro.co.uk

Sumber: Mstar

error: Content is protected !!