- Semasa

M4ngsa lem4s sempat kemas kini status ‘Hmm p4nas²’ di WhatsApp

SALAH seorang m4ngsa lemas dalam kejadian berdekatan rumah pam Sungai Pedu, Kampung Bukit Sena, di Kuala Nerang, Kedah sempat mengemas kini status di laman ‘WhatsApp’, 17 minit sebelum kejadian yang mengambil tiga ny4wa itu.

Ibu saudara m4ngsa, Sabariah Shaari, 46, berkata anak saudaranya Nur Sariza Hafniza Samsudin, 14, sempat berkongsi gambar sungai dengan ayat ‘Hmm panas²’ pada 12.43 tengah hari tadi Khamis sebelum kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari.

Selain Nur Sariza, turut terkorb4n dalam kejadian itu ialah kakaknya, Nur Safia Hafiza, 16, dan datuk mereka, Mad Ramli Ibrahim, 65.

Sabariah berkata dua beradik itu bersama ibu dan adik bongsu mereka berumur tujuh tahun yang menetap di Taman Persisir Kota, Kuala Kedah pulang ke kampung di Kampung Tanjung dekat Pedu, Isnin lepas sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Mereka ada singgah di rumah saya dan saya sempat bergurau dengan mereka supaya jangan balik kampung lama sangat dan mereka jawab hanya akan pergi dua hari sahaja.

Mereka juga beritahu hendak balik kampung nak berkelah kerana kebetulan mak-mak menakan (emak saudara) semua balik masa raya ni,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Nerang, dekat sini.

Jurucakap bomba memberitahu pihaknya menerima laporan pada 1.45 tengah hari dan bertindak melancarkan operasi mencari tiga m4ngsa berkenaan sebelum semuanya ditemukan kira-kira 5.30 petang Khamis.

Seorang lagi m4ngsa perempuan berusia 14 tahun sempat diselamatkan. – BERNAMA

Sumber : Mstar