- Viral

Memiliki 12 jari tangan sejak lahir, gadis cantik amat berbangga dengan keunikan diri

Dhiva Caezara atau dikenali sebagai Zara dilahirkan dalam keadaan yang unik dengan simptom polidaktili yang menyebabkan dirinya mempunyai 12 jari tangan dan 12 jari kaki. Zara yang berasal dari Semarang, Jawa Tengah, Indonesia amat berbangga dengan kelebihan yang dikurniakan kepadanya.

Menurut Zara, kesemua jari itu termasuk jari tambahannya berfungsi dengan baik kerana mempunyai tulang, saraf dan kuku yang turut tumbuh seperti jari normal yang lain.

Katanya lagi, ibu bapanya pernah berniat untuk membuang jari tambahan itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian mengubah fikiran setelah mendapat nasihat doktor yang mengatakan jari tambahan itu mempunyai saraf yang bersambung dengan anggota badan yang lain.

Mengakui pernah diejek kerana jari tambahannya itu, Zara kini lebih berbangga dengan keunikan dirinya, bahkan turut menasihati orang lain yang berasa malu dengan diri sendiri tentang sesuatu perkara. Menurutnya, seseorang itu perlu menerima diri sendiri seadanya, serta tidak perlu mengambil kisah dan terlalu peduli dengan ejekan serta kritikan orang lain yang berasa diri mereka sempurna.

Bermula dari situ, baru seseorang itu akan berasa lebih yakin dengan diri sendiri sehingga akan tampil menjadi kuat dan tabah, serta berbangga dengan keunikan diri sendiri yang tidak ada pada orang lain. Penampilan fizikal itu tidak semestinya terus menentukan kualiti diri seseorang.

Ramai netizen yang berasa kagum dengan keunikan jari-jemari yang terdapat pada diri Zara. Dan tidak kurang juga yang telah tampil menunjukkan jari tambahan masing-masing. Mereka ini semuanya golongan unik yang perlu berbangga kerana diberi kelebihan yang jarang didapati!

Polidaktili bermaksud lebihan jari yang juga dikenali sebagai hiperdaktili iaitu penyimpangan kongenital fizikal pada manusia, anjing dan kucing. Ia adalah jari tambahan yang terdapat pada tangan atau kaki bersama jari biasa. Kadang-kadang ia mengandungi tulang tanpa sendi dan jarang dijumpai dalam keadaan yang sempurna, dan boleh berfungsi seperti jari biasa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LayanVideo

Sumber: EraBaru

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral