- Viral

Menang Kereta Berharga RM230,000 Melalui Lucky Draw, Namun Apabila Penganjur Dedahkan Barangan Yang Dibelinya Sebelum Itu Buat Penonton Mengalir Air Mata Sebak

Sedekah pembuka pintu rezeki

Image result for sedekah

Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat kem4t1annya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian.

Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal m4t1ku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Manusia hanya akan tahu kehebatan dan ketinggian amalan sedekah itu selepas mereka meninggal dunia. Sedekah digambarkan sesuatu yang sangat luar biasa.

Mengikut perkiraan asas matem4t1k, apabila satu tolak satu, maka hasilnya adalah kosong. Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah kerana perkiraan (1-1) itu akan jadi 10 sehingga 700.

Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Demikian besarnya ganjaran pahala dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang bersedekah dan berinfak di jalan Allah.

Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.

Sebab itu, bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan kita hari ini, sedekah adalah jalan penyelesaiannya. Secara logiknya, apabila berada dalam kekurangan, pasti kita mengharapkan orang lain memberikan sesuatu.

Bagaimanapun, perkara itu perlu diubah. Kita perlu berusaha untuk bersedekah walaupun dalam keadaan kekurangan selain meyakini amalan itu menyebabkan diri kita akan memperoleh banyak kelebihan.

Contohnya, jadikan amalan setiap kali pergi ke masjid, sebelum atau selesai solat kita derma dalam tabung masjid. Walaupun jumlah atau nilainya sedikit namun kesusahan kita mengeluarkan itu yang dinilai Allah.

Dalam satu hadis menerangkan, manusia jika mereka biasa bersedekah walaupun dengan sedikit kurma, ia mampu menghalang wajahnya daripada dibakar api neraka.

Selain itu, apabila berada dalam keadaan bersedih juga kita mencari peluang untuk bersedekah. Mudah-mudahan Allah akan mengurniakan kegembiraan pada hati kita yang berdukacita itu.

Related image

Lihat bagaimana kisah Asma’ binti Abu Bakar iaitu anak sahabat karib Nabi SAW, Abu Bakar As-Siddiq. Beliau terkenal dengan sifat pemurah walaupun dirinya dalam keadaan tidak berkemampuan.

Meskipun bapanya ahli perniagaan yang kaya raya, namun selepas berhijrah ke Madinah, Abu Bakar tidak meninggalkan sebarang harta buat keluarganya.

Begitu juga dengan suami Asma’, Zubair bin Awwam. Beliau seorang yang sangat dihorm4t1 dan berjaya juga dalam perniagaan. Namun, seluruh harta yang dimiliki turut diinfakkan di jalan Allah. Kemurahan hati dan sifat dermawan itu akhirnya turut mengalir dan sebati dalam diri Asma’.

Diriwayatkan dari Qasim bin Muhammad, “Aku mendengar Ibnu Zubair berkata, ‘Tidak pernah aku melihat seorang wanita pun yang lebih murah hati dari Aisyah dan Asma’.

Dalam hadis riwayat Bukhari ada diceritakan, pada satu ketika Asma’ datang kepada Rasulullah kemudian dia bertanya, “Wahai Rasulullah! Aku tidak mempunyai apa pun selain yang dibawa pulang Zubair, apakah aku harus bersedekah?”

Kemudian Rasulullah menyuruh Asma’ bersedekah dan tidak menyimpan hartanya. Kisah kemurahan hati Asma’ binti Abu Bakar itu sepatutnya dijadikan contoh buat diri kita.

Jika hendak melakukan sesuatu kebaikan seperti bersedekah, jangan terlalu banyak berfikir atau berkira untuk melaksanakannya kerana amalan itu sebenarnya sangat dekat dengan nilai ketakwaan.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 133-134 mengenai bersedekah yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Justeru, setiap apa yang diperintahkan Allah itu pasti ada manfaatnya. Bila Allah menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu sama ada dalam bentuk wajib atau sunat, walaupun pada awalnya dilihat begitu sukar, jika dilakukan pasti ada kemanisan pada akhirnya.

Ingatlah, segala harta dunia yang kita pakai atau pegang ketika ini belum tentu menjadi milik kita. Yang pasti, setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan.

Menang Kereta Berharga RM230,000 Melalui Lucky Draw, Namun Apabila Penganjur Dedahkan Barangan Yang Dibelinya Sebelum Itu Buat Penonton Mengalir Air Mata Sebak

Orang kata, tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Oleh itu, kita digalakkan agar sentiasa bersedekah dan memberi kepada golongan yang kurang berkemampuan supaya rezeki yang diperolehi diberkati.

Seperti yang dikongsi Hanis Zalikha di instagram storynya semalam, seorang wanita memenangi sebuah kereta ketika cabutan bertuah di Mood Republik.

Cuba korang teka apa yang wanita tersebut beli?

Imbas kembali pengalaman manis bagi wanita yang suka bersedekah ini, pada hari penutup bagi Mood Republic 2017.

Wanita tersebut menang cabutan bertuah sebuah kereta, Apabila kami semak resit beliannya, wanita tersebut bukanlah beli barangan untuk dirinya. Memang Mengejutkan!

Sebaliknya, dia beli Quran untuk wakaf berharga RM250. Dan kereta yang dia menang? RM230,000. Allah Maha Besar….!

Alhamdulilah, sebak rasa kan? Itulah ‘the power of sedekah’.

Kenapa kita masih menunggu? Mulakan dengan RM1… Jom?

Sumber  : IG Hanis Zalikha, @kmal_Danish via celotehsaje

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

About videoviral

Read All Posts By videoviral
error: Content is protected !!