Najwa Latif keluar lagu baru, peminat teruja selepas 8 tahun menunggu

Siapa yang tidak kenal penyanyi suara merdu Najwa Latif. Walaupun beliau sambung pelajarannya tapi beliau tetap menyanyi untuk peminat-peminatnya. Najwa juga memuat naik pelbagai video cover pelbagai jenis lagu dan sentiasa mendapat pujian netizen. Setelah menunggu selama lapan tahun, akhirnya penyanyi Najwa Latif melancarkan sebuah single terbaru diberi judul KLIA (Kau Lupa Itu Aku) di laman Youtube miliknya semalam.


Menerusi Instagram, Najwa atau nama penuhnya Imratul Najwa Abdul Latif mempromosikan lagu ciptaan beliau sendiri bersama kakaknya, Ika Latif dengan memuat naik sedutan muzik video rasmi lagu tersebut.

Muzik video berdurasi hampir lima minit itu mengundang perhatian ramai terutama peminat setia yang dari dulu menyokong kariernya selama ini.Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kemunculan lagu tersebut serta sudah ‘jatuh hati’ walaupun baru kali pertama mendengarnya.



Sumber : Najwa Latif

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: