- HIburan

Noryn Aziz kuatkan diri, takkan 24 jam nak termenung.

MESKIPUN berdepan kr!sis rumah tangga, penyanyi Noryn Aziz berkata emosinya masih stabil dan ia sama sekali tidak mengganggu perjalanannya di pentas Gegar Vaganza.

Menurut Noryn, 41, dia sentiasa berfikiran positif dan bersyukur dikelilingi individu yang sentiasa memberi sokongan ketika dia melalui saat getir itu.

“Tipulah kalau kata tak rasa apa, cuma saya dah pesan pada diri untuk fokus dalam pertandingan itu dan tidak letakkan bebanan sepanjang masa, sedangkan saya boleh jadi lebih baik daripada termenung 24 jam yang mana masa itu tidak akan kembali lagi.

 

View this post on Instagram

 

Selamat pagi…. Alhamdulillah syukur… Langsung tak saya sangka karier dan bakat kurmiaan Allah ini diberi peluang sekali lagi dan saya akan buat yg terbaik … In sya allah… Terima kasih pada anda yg banyak mendoakan noryn yaaaaaaa… Tq @rentaksejuta for the video Assalamualaikum… @soulsistersconcert 💃🏻💃🏻💃🏻 @mishaomar X @sitisarahraissuddin X @norynaziz Concert organizer : @eddrazhe entertainment Manager “noryn aziz” : @suraya_albukhary Mua : @sheila_mohamad Stylist : @tymfatimah Tq @nuritaharith for the white attire… Loveeeee 💋 Two nights of soulful R&B performances featuring 3 of Malaysia’s best. Catch this grand concert Date: 5 & 6 April 2019. (Friday/ saturday) Venue: ISTANA BUDAYA Get ticket at airasiaredtix.com Tickets are available for purchase tomorrow! #soulsistersconcert Jugaaaaa semi final @gegarvaganzaofficial 100% dahsyat Dangdut dan rock minggu ini…. Wooohooooo 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 Jangan lupa saksikan Gegarvaganza 5 di Astro ria setiap hari Ahad pkl 9pm Norynaziz team @norynyzer Team norynaziz Manager: @suraya_albukhary Assistant: @lilyaziz @guywithprints Vocal coach : @cikgushafi admin fc @norynyzer : @lilyaziz @acuisdeboom Stylist @mrstailista Mua : week 1 @emmyagung Week2 @suhaibdaud Week3 @emmyagung Week 4 @syedfaizalsyednoh Week 5 @suhaibdaud Week 6 @suhaibdaud Attire : week 1 @syaifulbaharim Week 2 @afiq.m x @larney Week 3 @afiq.m x @berhati week 4 @hattadolmat_ Week 5 @afiq.m Week 6 @hattadolmat_ Official Photo and video : @jettht Tq @muffin.kl @ombakkitchen Fans fnb @halawasandwich @bearfoodtruck @aliffsyukriterlajaklaris @cuckoo_malaysia @adabi_consumer #gv5 #gegarvaganza #gegarvaganza5 #gv2018 #noryngv5 #norynaziz #norynjazzrnbsoul #norynohhsemm #noryn #dherbsterlajaklaris #cuckoomalaysia #anakjatiselangor #shahalamgirl #ladydriver

A post shared by NorynAziz (@norynaziz) on

“Saya kena sentiasa berfikiran positif dan bina keyakinan diri. Sejujurnya, saya sangat bertuah dikelilingi orang yang sentiasa ada untuk memberi kata-kata semangat.

“Alhamdulillah, saya ada pengurus, ibu bapa dan peminat yang sentiasa memberi sokongan. Selama 20 tahun saya dalam industri, walaupun on off tapi mereka tetap di sisi,” katanya kepada mStar Online.

Noryn bergabung suara dengan Siti Sarah dan Misha dalam Konsert Soul Sisters.

Noryn ditemui semasa sidang media Konsert Soul Sisters yang diadakan di Acme Bar Cafe, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dia bersama Siti Sarah Raisuddin dan Misha Omar bakal bergabung suara dalam Konsert Soul Sisters yang bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 5 dan 6 April tahun depan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah memfailkan  tuntutan nusyuz terhadap isterinya itu.

Tuntutan itu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, pada Julai lalu.

Bagaimanapun, Raja Kamarul Bahrin sebagai plaintif dan Noryn selaku defendan tidak hadir pada prosiding sebutan kali ketiga di hadapan Penolong Pendaftar Syarie, Norhakimah Awang pada 10 Oktober lalu.

Norhakimah kemudian menetapkan 18 Disember depan untuk perbicaraan kes berkenaan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Fantasi O Realiti ini memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kes tersebut kerana ia masih dalam proses mahkamah.

“Sebenarnya saya bukan tak nak cerita tapi tak boleh nak kongsi sebab masih dalam proses mahkamah dan peguam nasihat saya untuk tidak bercakap mengenai hal ini kerana bimbang saya tersilap kata.

“Buat masa ini saya tenang sahaja kerana saya pun tengah nak bina karier untuk teruskan hidup. Saya kena kuat. Kita tunggu keputusan yang akan dikeluarkan mahkamah nanti,” katanya.

Noryn atau Norazmahwati Abd Aziz dan Raja Kamarul Bahrin diijabkabul pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia empat tahun.

Sumber: IG Noryn Aziz, Mstar

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *