- HIburan

‘Orang Luar Lebih Tahu Apa Dia Buat’ – Perkahwinan 19 Tahun Isma & Zul 2By2 Berakhir

Awal tahun ini, ada desas desus mengatakan hubungan rumahtangga Isma (AF7) dan komposer Zul 2 By 2 sedang dalam keadaan goyah. Mereka dikatakan sudah berpisah apabila masing-masing memuat naik status sedih di Instagram.

Menerusi Berita Harian Online, Isma akhirnya mengesahkan perkahwinan mereka telah berakhir.
Berpisah selepas hampir 20 tahun bersama.

Setelah hampir 20 tahun hidup bersama, penyanyi ini mengesahkan perkahwinan mereka terlerai awal tahun ini. Menurut Isma, keputusan ini terpaksa dirahsiakan kerana masih belum bersedia.
Kami bercerai sejak sembilan bulan lalu. Bukan saya mahu merahsiakannya, tetapi belum mendapat kekuatan berkongsi cerita yang dirasakan terlalu peribadi, ketika itu.

Selepas berfikir panjang, sudah tiba masanya untuk saya berterus-terang. Ramai yang bertanya mengenai status perkahwinan kami, tetapi saya hanya membiarkan persoalan tergantung begitu saja.

Hari ini, saya mengesahkan saya dan Zul bukan lagi suami isteri. Saya memfailkan perceraian dan turun naik mahkamah syariah seorang diri sejak pertengahan tahun lalu.

Tambah Isma lagi, meskipun sedih beliau percaya ada hikmah buat mereka sekeluarga.

‘Saya percaya orang luar lebih tahu apa yang dia buat’


Bohonglah jika saya tidak bersedih, tetapi tidaklah sampai meratap hiba. Kesedihan hanya seketika, sampai masanya saya menjadi pasrah dengan ketentuan Tuhan. Saya percaya, ada hikmah tertulis buat saya dan Zul. Jodoh kami tidak sampai ke hujung nyawa.

Saya percaya orang luar lebih tahu apa yang dia buat. Jujurnya, banyak faktor lain yang terlalu peribadi untuk dikongsi menjadi punca perpisahan.

Biarlah hanya saya dan bekas suami yang tahu masalah rumah tangga kami. Dengan anak dan keluarga pun saya tidak berkongsi cerita secara mendalam.

Saya masih menjaga aib bapa kepada anak saya. Apapun, Zul tetap insan yang pernah hidup dengan saya selama 19 tahun.

Kakak kepada penyanyi Tomok ini menjelaskan pada awalnya Zul tidak bersetuju untuk melepaskan. Namun akhirnya terpaksa akur kerana dia sudah tiada hati dan perasaan untuk hidup bersama. Dakwanya lagi, faktor kesetiaan menjadi punca dirinya mahu berpisah.

Terbaru Isma memuatnaik status whatsapp dengan anak nya 11jam lepas.Kerinduan anak dan ibu bila bejauhan.Sedihnya admin baca betapa rindu nya anak kat ibunya apatah lagi dengan apa yang berlaku kat keluarganya.

“YA Allah…
Lindungi anakku dalam teduh kurnia-Mu
Bimbing anakku di setiap persimpangan yang membuatnya bimbang
Beri kemuliaan budi agar membuatnya bererti
Titiskan kebesaran jiwa agar membuatnya bermakna
Sentuh hatinya dengan semangat tulus untuk berkongsi
Tanamkan keyakinan terhadap kebaikan
Penuhi tekadnya dengan kerja keras dan pantang menyerah
Teguhkan peribadinya agar tidak mudah goyahYa Allah..
Terima kasih untuk kurnia terindah ini
Terima kasih untuk anugerah tidak ternilai ini

Amin ❤️” 
Isma memuatnaik status ini di Instagram semalam.Sama sama kita doakan semoga Isma dan anak anak diberi kekuatan untuk menghadapi hari hari mendatang dengan tabah.

Video :

Sumber : Berita Harian

About videoviral

Read All Posts By videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *