- Petua/Tips

Panduan Mudah Tanam Nenas Dalam Polybag, Tengok Hasilnya Yang Lumayan

Nenas kebiasanya kelihatan di tanam terus pada tanah. Tak kiralah ia untuk tujaan perladangan atau pun sekadar hobi. Tapi tak sangka pula di Indonesia, ada pekebun yang mengusahakan tanaman nanas mereka hanya menjadikan polibeg sebagai waddah. Kebiasaanya, yang kita lihat nanas hiasan yang di tanam dalam pasu kan. Namun, apa yang diusahakan berhasil. Jom kita belajar cara tanama nanas dalam polibeg.

1. Medium tanaman yang diperlukan mestilah yang mempunyai sistam saliran dan pengudaraan yang baik. Penting juga medium yang digunakan mempunyai kadar kelembapan yang tinggi untuk membekalkan keperluan pokok nanas. Campurkan medium tanaman yang telah siap Bersama bahan kompos pada kadar 6:4. Boleh gunakan medium tanaman siap proses yang dijual di nurseri.

2.Masukkan medium tanaman ke dalam polibeg dan padatkan.

3.Benih nanas boleh diperoleh dari banyak cara. Yang paling cepat adalah dengan membeli benih dari pembekal. Selain itu juga, boleh gunakan balong nanas. Namun kaedah ini akan memakan sama yang agak lama untuk mendapatkan hasilnya termasuklah melalui biji benih.

Lakukan siraman di awal pagi setiap hari dan pastikan medium tanaman sentiasa lembap namun bukan menakung air. Sebab itu, nanas hidup subur di Kawasan tanah gambut, disamping itu juga, ia dapat memastikan buah yang dihasilkan mempunyai jus yang enak

Pembajaan dengan menggunakan urea atau NPK boleh di lakukan ketika tanaman berusia 2-3 bulan. Ia perlu dilakukan setiap 2 minggu untuk memastikan nutrisi yang diperlukan tanaman mencukupi dan hasil buahnya keluar dengan cepat

Ketika berusia 8-9 bulan atau apabila bilah daun mencecah 27 helai sepokok, taburkan baja penggalak buah – Impiana.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LayanVideo

Sumber: Kartel Dakwah

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral