- Kesihatan

Pati Mengkudu Minuman Rahsia Kulit Mulus Dan Atasi Darah Tinggi, Satu Lagi Petua Jimat Duit Dari Beli Vitamin.

Buah mengkudu ini sejenis tanaman liar yang banyak manfaatnya. Tapi tak ramai yang explore kebaikannya. Buah ini juga dikenali dengan nama Noni.

Buah yang ranum sedikit menyengat baunya.Ini perkongsian daripada Puan Lily Haslina Nasirbagaimana nak menghasilkan pati mengkudu secara step by step.

Mak che bunga dah banyak kali share juga cara buat. Okay ni gambar step by step mengkudu ni ya.

Bahan-bahan

Buah mengkudu
Air

Caranya

1. Cuci bersih buah mengkudu.

2. Cincang kisar buahnya.

3. Kisar dengan air masak. Kalau nak manis, boleh masukkan gula. Nak lebih sedap, perahkan lemon di dalamnya.

Nak Minum Macamana?

Biasanya kami buat berperiuk-periuk dan bekukan. Tahan lama. Yang sebetulnya, malas nak buat selalu. Kalau super malas tak tapis pun. Telan ajer semua yang dikisar.“Confirm bangun pagi kalau minum yang pati gitu skin rasa macam berbedak saja. Bersih rasa kulit.”

Mak Che bunga selalu minum ini 3 liter sehari.Rasa airnya manis kelat. Dan sejak minum ni bertahun-tahun dulu, dah tak pernah habis duit beli vitamins. Dulu berbotol-botol vitamins sebulan.

Faedahnya

√   Hilangkan darah tinggi
√   Bersihkan kulit
√   Sihat dan awet mudaSumber/Foto: Lily Haslina Nasir

Satu Lagi Cara Membuat Jus Mengkudu, Minuman Sihat

Pilih mengkudu matang yang berwarna hijau. Kerana ia mengandungi bioaktif yang tinggi dan kurang berbau. Anda boleh juga menambah buah-buahan lain seperti anggur dan epal untuk mengurangkan bau yang kurang enak.Sebaiknya sepanjang mengambil minum pati mengkudu ini elakkan pengambilan kopi, teh atau minuman beralkohol.

Jus Mengkudu Epal/Anggur

2 biji buah mengkudu matang
Buah Anggur / Epal
Madu

Caranya

1. Kupas Mengkudu kemudian buang biji.
2. Kisar bersama epal atau anggur. Biar sampai halus.
3. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan madu (gunakan sudu plastik).

Cara Minum

√   Jus cara pembuatan ini perlu segera diminum dan jangan disimpan kerana ia mudah basi.√   Minum 2 kali sehari.

Video:

 

Sumber

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *