- Viral

“Pelukan Terakhir Arwah Suamiku Memaafkanku Dunia Akhirat,”- Nora Ariffin Kongsi Erti Kehilangan

Meskipun, sudah setahun lebih berlalu saat penyanyi, Nora Ariffin kehilangan suami tercinta namun rasa sakitnya itu tetap terasa hingga hari ini.

Berkongsi di laman Instagramnya, Nora sempat menitipkan pesan buat kaum wanita di luar sana supaya menjaga suami mereka sebaik mungkin di saat masih ‘boleh’ ini.
“Reminder utk yg masih ada suami. Jagalah suami sebaik mungkin.


“KITA ISTERI YANG SERING ALPA….. Alhamdulillah pelukkan terakhir arwah suamiku memaafkan aku dunia dan akhirat…Terima kasih Allah……Terima kasih sayang.


“Cuba bayangkan sejenak…suami, orang yang paling kita sayangi, pergi menghadap ilahi, apa korang rasa?

“Sedih kan? Tapi kena redha sebab suami bukan milik kita, dia milik ALLAH SWT,” tulisnya.

Tambahnya lagi, hanya orang yang pernah kehilangan seseorang yang dia sayangi sahaja akan mengerti kesakitan itu.
“Sometime people won’t understand, how you feel until it happen to them. Until they experience the pain,” kongsinya lagi.


Sebelum ini, komposer, Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi, Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal Mac tahun lalu.

Berita itu disahkan oleh Nora sendiri saat dihubungi. Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Video :

Foto/Instagram: Nora Ariffin

Like Facebook Kami Di Page Layan Video
Sumber Ig via Video Viral

About videoviral

Read All Posts By videoviral