- Agama

Persedian Dalam Menghadapi Fittnah Dajal

SAYA ada dengar ceramah berkenaan Dajal. Saya mahu kepastian daripada ustaz, Dajal ini makhluk apa? Benarkah ia ada tertulis kafir di dahinya? Bolehkah kita selamat daripadanya?

Rashid, Lumut, Perak

DAJAL ialah salah seorang manusia daripada keturunan Nabi Adam AS. Dia memiliki pelbagai sifat seperti yang diterangkan dalam beberapa hadis.

Ini bagi memastikan manusia dapat mengenalinya dan menjauhkan diri daripada kejahatan. Sekiranya ia muncul, Dajal pasti dapat dikenali oleh orang beriman dan mereka tidak terpedaya dengan tipu dayanya.

Sifatnya sudah dijelaskan oleh Nabi SAW dalam hadis Baginda. Sifat itulah yang membezakan dirinya dengan orang lain. Tiada siapa yang terpedaya melainkan orang jahil yang sudah ditakdirkan mendapat kecelakaan.

Satu hadis riwayat Ahmad daripada Hisyam bin ‘Amir bin al-Ansari, beliau berkata: Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sejak penciptaan Adam sehinggalah hari kiamat tidak terdapat fitn4h yang paling dahsyat selain daripada fitn4h Dajal.”

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: “Dajal ialah orang yang r0sak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘k4fir’…”

Fitn4h Dajal adalah fitn4h paling dahsyat pernah berlaku sejak Allah SWT menciptakan Nabi Adam hingga hari ki4mat.

Ia disebabkan peristiwa luar biasa yang dimilikinya sehingga dapat menghilangkan kewarasan akal. Seperti diriwayatkan, Dajal membawa syurga dan ner4ka.

Hakikatnya, syurganya adalah ner4ka dan ner4ka adalah syurga. Dia membawa sungai yang dipenuhi dengan air dan gunung roti.

Dia boleh mengarahkan langit supaya menurunkan hujan dan arahan itu dipatuhi oleh langit. Jika dia memerintahkan bumi supaya menumbuhkan tumbuhan, maka tumbuhan akan tumbuh.

Dia diikuti oleh kekayaan perbendaharaan bumi. Dia boleh menempuh perjalanan secepat kilat bagaikan hujan mengejar angin dan pelbagai lagi keajaiban lain.

Dalam riwayat Muslim Rasulullah SAW bersabda: “Dajal itu buta pada mata sebelah kiri, berambut tebal serta mempunyai syurga dan ner4ka. Tetapi ner4kanya adalah syurga dan syurganya adalah ner4ka.”

Dalam riwayat Muslim juga Rasulullah SAW bersabda: “Akulah yang paling mengetahui tentang Dajal. Dia membawa dua sungai yang mengalir, sungai yang pertama terlihat aliran air yang putih, sedangkan sungai kedua lagi terlihat aliran api yang berkocak. Oleh itu sesiapa yang berjumpa dengannya, hendaklah mendatangi sungai yang berupa api, lalu pejamkan matanya. Kemudian menunduk sambil meminumnya kerana sebenarnya ia adalah air yang terasa sejuk.”

Dalam riwayat Ibn Majah, Rasulullah SAW bersabda: “Antara fitn4h yang dilakukan, Dajal berkata kepada seorang Arab Badwi: “Jika aku mampu membangkitkan semula bapa dan ibu kamu, adakah kamu bersaksi bahawa aku ini adalah tuhan kamu? Arab Badwi menjawab: “Ya! Kemudian datanglah dua syaitan yang menyerupai bentuk rupa ibu dan bapanya serta kedua-duanya berkata: “Wahai anakku, ikutilah dia (Dajal) sebab dia adalah tuhan kamu.”

Ada beberapa pesanan Rasulullah SAW supaya terselamat daripada fitnah Dajal. Antaranya Nabi mengajar doa yang dibaca dalam solat iaitu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang kamu bertasyahud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada empat perkara iaitu “Allahummainni a’uuzubika min ‘azaabi jahannama, wamin ‘azabil qabr, wamin fitnatil mahyawal mamaaat, wamin syarri fitnatil masih al-Dajjal.”

Baginda berpesan lagi: Sesiapa yang hafal sepuluh ayat daripada permulaan surah al-Kahfi, dia terpelihara daripada fitnah dajal.” (Riwayat Muslim)

Ini bermakna Surah al-Kahfi memang mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang luar biasa sehingga Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga hari Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim)

Sebaik-baiknya menetap di tempat yang tidak dimasuki Dajal sebagaimana sabda Nabi SAW dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari: “Tidak akan ada sebuah negeri pun yang tidak dipijak Dajal melainkan Makkah dan Madinah.

Ini kerana setiap jalan yang menghala ke kota itu terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Kota Madinah bergoncang sebanyak tiga kali. Semua orang kafir dan orang munafik keluar dari Madinah dan mendatangi Dajal.”

Sumber: HM

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral
error: Content is protected !!