- Petua/Tips

Petua Penjagaan Dalaman Untuk Mewangikan Dan Memantapkan Kewanitaan: Minum Sebulan Sekali Je Dah Cukup

Keadaan ekonomi dan cara hidup sekarang memaksa ramai wanita untuk bekerja. Oleh kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja, maka soal pemakanan sihat tidak lagi menjadi keutamaan. Mereka makan apa sahaja asalkan kenyang.

Pemakanan yang tidak dijaga ini telah menyebabkan ramai wanita mengalami masalah kewanitaan seperti alat kelamin berbau, kurang menyenangkan dan sebagainya.

Wanita diciptakan cukup istimewa. Maka sudah tentu penjagaannya juga perlu dilakukan secara teliti. Ia tidak boleh buat sambil lewa. Kalau tidak, suram dan tidak berserilah nanti.

Bagi mereka yang mahukan dalaman yang mantap, harum dan sihat wajib cuba resepi ini.
BAHAN-BAHAN

3cm halia tua/muda diketuk
3 batang serai diketuk
2cm kunyit diketuk
Sehelai daun pandan
Sedikit kulit kayu manis atau bunga cengkih atau bunga lawang
Sedikit gula batu, boleh digantikan dengan madu jika suka.

CARA-CARA
1. Rebus kesemua bahan dengan 3 gelas air sehingga jadi 1 gelas.

2. Gunakan api yang perlahan.

3. Tunggu suam dan sedia untuk diminum.

4. Bagi wanita yang mahu merapatkan bahagian intim boleh tambahkan satu biji manjakani (tidak sesuai untuk yang belum berkahwin). Bagi yang menghadapi masalah keputihan tambahkan dua helai daun sirih.


NOTA TAMBAHAN

Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja.
Ini juga merupakan amalan untuk penjagaan kesihatan bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf.
Kebaikan rebusan ini adalah untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan badan.
Ibu menyusu boleh minum. Tidak memudaratkan.

Jom amalkan ya. Semoga dalaman makin mantap, bertenaga dan suami pun bertambah sayang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Layan Video

Sumber: Ida ZmriVia Sri Mahligai

error: Content is protected !!