- Viral

‘Ikat’ Anak Isteri Di Rumah, Ini 7 Sebab Suhaimi Saad Tidak Hantar Anak Ke Sekolah … No 5 Paling Touching!

Bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad menjelaskan dia punyai alasan tersendiri memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Kata Suhaimi, mengambil iktibar daripada kisah hidupnya sendiri, perkongsian itu bukan atas tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukkan mana-mana pihak.

“Bukan berniat untuk mengecam,memburuk burukkan atau menghasut orang lain. Sekadar berkongsi cerita dan rasa dengan harapan tidak timbul lagi persoalan dan spekulasi,” tulisnya menerusi Facebook peribadinya baru-baru ini.

“Sebarkan kebaikan
Suburkan kasih sayang”

Dalam entri sama, Suhaimi memberikan tujuh sebab konkrit punca dia tidak menghantar anak-anaknya bersekolah.

1. Sistem Pendidikan

“Sejujurnya, saya tidak percaya kepada sistem pendidikan yang sedia ada.(minta maaf).

“Ia berubah ubah tahun demi tahun. Seolah olah tidak ada dasar yang jelas.

“Saya juga melihat ia tidak banyak membantu anak anak saya memahami dan mengamalkan Islam dengan baik,” katanya.

“Tahanlah kemarahan terhadap anak anak.
Jangan dibiasakan.

Bila anak anak buat sesuatu yang baik,
puji dan hargailah..
ucapkan tahniah atau terima kasih.

Jika kita yang tersilap,
Jangan malu untuk meminta maaf dari mereka.

Anda akan lihat betapa dalamnya kasih sayang anak anak terhadap anda.

Ini perkara yang semua orang tahu.
Tapi tidak semua orang buat.”


2. Tanggungjawab

“Tanggungjawab mendidik atau memberi pendidikan kepada anak anak adalah tanggungjawab ibubapa. Bukan guru,bukan sekolah. Sekolah itu platform, guru hanya pembantu,” ujar Suhaimi.

“Anak jantan kena pandai jadi imam dan azan”

3. Kos

“Dengan kenaikan harga barang dan kos hidup, saya tidak fikir saya perlu buang duit untuk tol, minyak kereta dan perbelanjaan buku dan keperluan sekolah yang lain. Saya pun bukan orang kaya.

“So di rumah boleh belajar. Di masjid boleh belajar. Waktu bercuti, di hotel dan di kampung pun boleh belajar. Kehidupan adalah sekolah yang real,” tambahnya.

4. Masa

“Bukankah kita banyak membuang masa di atas jalan raya, menunggu di hadapan sekolah dan dalam masa sama ada tugas lain yang tak kurang penting untuk diselesaikan. Saya tidak suka situasi itu, saya pilih untuk mengelak.

“Tapi kalau tidak ada pilihan, anggaplah itu sebagai pengorbanan. Kita sama sama berkorban,” jelasnya.

5. Kasih Sayang

“Inilah part yang paling touching. Saya percaya bahawa saya akan mati.

“Apa pun kata orang, demi Allah saya juga sayang pada isteri dan anak-anak saya. Sayang sampai tak mahu berpisah. Nak hantar ke sekolah pun tak sanggup,” katanya yang kini menetap di Kelantan.

6. Cara Kerja

“So cara kerja penyanyi ni, tak sama macam cikgu, macam kerja kilang atau kerja pejabat.

“Waktu kerja pun tak menentu, cuti pun tak tentu.

“Kadang kadang out station 3 hari, 5 hari. So saya pilih untuk teruskan kerja ni sebab saya percaya, inilah rezeki dan minat saya.

“Kerja ni tak memudahkan untuk saya hantar dan ambil anak di sekolah.

“Saya lebih faham keluarga dan kerja saya so tak perlu susun aturkan. Terima kasih,” tambah Suhaimi.

7. Hadis Akhir Zaman

“Saya pilih untuk ‘ikat’ anak-anak dan isteri di rumah.

“Semoga Allah selamatkan kami daripada tipudaya Dajjal.

“Setelah usaha ini, saya serahkan seluruh hidup dan mati saya dan keluarga hanya kepada takdir dan iradat Allah.

“Pada hemat saya, kalian tidak mampu buat sepertimana yang saya buat.

“Tapi sebagai muslim, doakanlah yang baik baik, usahakanlah segala yang terbaik dan teruslah berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk kita semua kembali beramal dengan cara hidup yang Allah suka dan redha,” simpulnya.

Suhami yang mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim telah dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie El Fardie, 11, dan Sallman El Khoyri, 9, Phyrosh El Fadwah, 7, dan Nurlayla El Ghufrony, 5.

Komen Netizen :

“Nor Kedah mi Mosus panjang bejela tp kak baca sampai habis.kak sokong cara hang.yg penting anak2 di ajar mengenal allah. al quran mesti pandai baca.yg lain nombor 2″

Sumber: FB Suhaimi Saad

About videoviral

Read All Posts By videoviral