“Polis Gerak Khas pun kena scam” – Abby Abadi hilang hampir RM19k ditipu scammer Telegram

Pastinya ada ramai yang pernah ditambah dalam group di Telegram, kebanyakan adalah scammer kononnya ada menyediakan khidmat trading.

Jangan tertipu, dalam group itu sendiri ada ramai scammer yang boleh meyakinkan anda bahawa ia bukan penipuan hingga akhirnya anda terjebak.

Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa kecewa selepas ditipu hampir RM19,000 disebabkan mempercayai scammer di Telegram.

Menerusi akan Instagram, Abby memaklumkan hanya menjadi pemerhati dalam group Telegram itu namun akhirnya termakan hasutan.

“Dah berjaga-jaga pun kena juga, pada mulanya saya hanya memantau sahaja namun lama-lama rasa teruja sebab lihat yang melabur dapat pulangan dalam masa tiga jam sahaja.

“Mula-mula RM4k tapi disebabkan pulangan RM145k dalam masa tiga jam, rasa pelik tapi teruja sebab ramai dapat balik duit mereka.

“Kononnya RM4k sahaja tapi lepas itu mereka minta bayaran RM14.5k, seminggu juga fikir sebelum transfer rupanya kena tipu lagi, katanya duit untuk proses pencairan masuk ke akaun.

“Tak cukup itu disuruh tambah hampir RM30k untuk urusan bank, masa ni menyirap dah baru sedar diri memang betul-betul tertipu,” ujarnya di hantaran Instagram.

 

Sy kena SCAM!!! 👀🙄
(HATI2 SEMUA YA.. JGN TERKENA MCM SAYA)

Dah berjaga2 pun kena juga.. 😶‍🌫️
Mula2 perasan nama dimasukkan dalam group telegram “Trade Free Income” Sy pantau je apa yg berlaku dlm group tu.. Mula2 rasa was2.. tapi lama jadi teruja sbb konon semua yg melabur dapat pulangan berganda2 dalam 3 jam saja.. pandai betul dorg main peranan🤭

Inilah bahana bila tak pernah merasa cukupp! tp manusia kan😆.. walaupun nampak mcm… ehhh takkanlah semudah itu dpt pulangannya.. tapi mcm terpanggil2 pulak utk melabur.. fikir punya fikir, terjebakk akhirnya 😭 RM4k mula2 ye bukan sikit.. dijanjikan pulangan sbnyk rm145k dalam masa 3jam.. Siapa taknak kan? Sebab dalam grouppp mcm siapa yg joinnnn semua dpt.. rasa mcm pelikk tp kalah juga dgn permainan mereka 🥹

Dipendekkan cerita lepas letak rm4k tu.. kata tak payah buat apa dah, tapi rupanya kena byr lagi rm14.5k.. Sy tahan seminggu utk letak lagi rm14.5k utk kos seterusnya sbb rasa sangat dah macam nk kena scamm.. tp tulahh.. duit punya pasal, dorg punya sembang kat dalam tu pun bukan main lagi.. tertipu lagi akhirnya.. transfer lagi rm14.5k utk proses pencairan masuk ke acc kita katanya.. dah byr 15min selesai janji mereka.. memang #+*#%

Nak jadi hal 15min kemudian , yg dari mula melayan kita, pas pada geng dia yg lain utk masukkan wang yg kononnya dah dpt ke acc sy.. tapiiiii sblm tu disuruh bayar dulu rm29,770 utk urusan bank.. Haaa masa ni menyirappl dahhh.. barann dah dtg! Kelapa hotak dorg berjambull! Memanggggg rasa sangat dahh leburrr la duit akuuuu dapat ke geng scammer vaviiiii ni..arrghhh!! Barulahhh tengahari tadi ke balai polis buat laporannn.. aduhhh! melampau sangat scammer berleluasa skrg.. hati2 ye semua. Doakan Sy dptlah balik duit sy.. Penat kerjaaa.. kecuaian sendiri, harap tak lebur mcm tu aja 😶‍🌫️🫢🥹ps: ssesiapa yg kerja cimb, hong leong bank sy perlukan bantuan anda.. muncul disini please! 🙏🏻

 

 

Pelakon Gerak-Gerak Khas itu memaklumkan sudah membuat laporan polis, walaupun kemungkinan duit untuk dapatkan semula wang tersebut tipis, dia tetap akan berusaha.

Rata-rata warganet menasihati orang ramai untuk lebih bijak agar tidak senang tertipu dan dapatkan nasihat keluarga terlebih dahulu.

“Bukan ke Polis Gerak Gerak Khas. Tak minta pendapat kawan-kawan ata keluarga sekeliling dulu ke sebelum buat keputusan..

“Hmm macam mana boleh senang kena tipu, kalau aku jangan kata RM4k, nak tipu RM1k pun aku dah angin malas nak layan,” antara komen warganet.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :Sheeba

Sumber : instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*