Enam tahun menanti, Raffi Ahmad teruja Nagita Slavina h4mil anak kedua!!

Penant1an pasangan selebriti terkenal Indonesia Raffi Ahmad dan isterinya, Nagita Slavina selama enam tahun untuk mendapatkan cahaya mata kedua kini berakhir setelah Nagita Slavina disahkan h4mil cahaya mata kedua mereka.

Memetik laporan Liputan6, pengumuman kehamilan Nagita itu dibuat menerusi saluran YouTube milik pasangan itu pada Jumaat.

Menerusi video tersebut, Nagita yang juga seorang pelakon tidak dapat men4han air matanya daripada meng4lir saat menunjukkan keputusan ujian keh4milan itu kepada suaminya.

Dalam pada itu, Raffi menerusi laman Instagram miliknya juga meluahkan rasa syukur dan teruja apabila mengetahui isteri kesayangannya kini sedang h4mil anak kedua mereka.

“Alhamdulillah goal! Nagita hamil. Rafathar bakal jadi abang. Agak-agak kali ini akan mirip saya atau Gigi (Nagita),” tulisnya.

Raffi dengan Nagita berkahwin pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini sudah berusia enam tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber