- HIburan

Ramai Yang Puji & Seronok Dengar Kefasihan Aida, Juara Gadis Melayu ‘Membebel’ Dalam Bahasa Arab

Bahasa Arab merupakan bahasa Alquran dan sangatlah bertuah jika dan memahami dan bertutur dalam bahasa yang indah ini.Siapa sangka Juara program realiti Gadis Melayu musim pertama Khairul Noormaaidah Zali,34 atau Aida rupanya cukup fasih dalam berbahasa Arab.

Pernah mempelajari bahasa Alquran semenjak dari Sekolah Menengah, ibu kepada sepasang cahaya mata Aida Eirdeena,7 dan Saif Eirham,4 ini juga mempunyai Diploma Bahasa Arab & Tamadun Islam dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas). Malah Aida juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM).

Baru-baru ini,isteri kepada bekas penyampai berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail,36 ada memuat naik video pendek dirinya bercakap dalam Bahasa Arab. Rata-Rata ramai yang memuji kelancaran dan kefasihan Aida dalam menuturkan bahasa ketiga ini.

Terdapat 3 video yang dikongsikan wanita yang pernah mengacarakan rancangan ‘Nasi Lemak dan Kopi O’ serta Wanita Hari Ini (WHI).Antaranya perkongsian ucapan Selamat Hari Raya, tip penjagaan kesihatan di Bulan Syawal serta kelebihan mempelajari Bahasa Arab.

Berikut antara yang dikongsikan;

Rindunya zaman Diploma Bahasa Arab & Tamadun Islam dulu lebih lagi semasa kem “ Mukhayyam Arabbiy” (Minggu Bahasa Arab) Siapa silap cakap Bahasa Melayu kena bayar Dua puluh sen 1 perkataan. Pantas masa berlalu.
Kenal my syurga @snizam5 pun dari bab cakap arab laaa ❤ . Jom sikit2 kite belajar Bahasa Al~Quran . Today aida kongsikan sikit tips penjagaan kesihatan di Bulan Lebaran !!! . Next korang nak aida cakap “ Arab “ untuk video tutorial Tudung or Makan sushi ?!!! 🙄🤨😏🤔 . Rindunyyye zaman Diploma Bahasa Arab & Tamadun Islam dulu nak2 time kem “ Mukhayyam Arabbiy .. sape silap ckp melayu kena bayar Doplosen 1 perkataan 😷🤕🤕 how time flies 😂😂 . More video click : #aidacakaparab #arabic cc cikgu arab saye @renyaiswift

“Lama rasenya tak bebel dalam Bahasa Arab.Rinduu tau.Tak tau nak bebel apee jadi terimalahhh.
For more video click : #aidacakaparab lamee rasenye tak bebel dalam Bahasa Arab 🙄😔 Rinduu tau 😘 Tak tau nak bebel apee jadi terimalahhh 😋 . Btw Tudung aida tu Bawal Air Brush Raya Edition yg super Best !!! ❤ . Cc ustazah Bahasa Arab saye @renyaiswift 😘 . #arabic #arabiclanguage

Antara komen daripada para pengikutnya yang kagum dengan dengan kebolehan dan kefasihan Aida berbahasa Arab:

noniali64 Masyaa Allah, saya memang kagum mendengar Aida berbahasa Arab.

iranaaim9396 Wahhh.. Pandainya.. Banyak kali ulang tengok.

nuownatiqah Subhanallah.Lancar dan lajunya bercakap.

fadilaharon Bestt dengar kak aida cakap bahasa arab.

hamizahamid Indahnya bila dapat faham & fasih dalam bahasa Al-quran…so proud of you , keep it up.

ananurasyiqin MasyaAllah wa ana uhibbuki jiddan tatakallam fil lughah.. Tapi tak cekap macam akak. Seronok sangat dengar.

anis_aniysa Wahhhh.seronok dengar sis cakap arab.Untung boleh cakap banyak bahasa.

Meskipun ramai yang memuji kelancaran Aida dalam berbahahasa Arab, namun wanita ini tetap merendah diri dan menyatakan dirinya masih banyak perlu belajar bahasa ini.

Tahniah buat Aida, kerana bukan sahaja belajar malah fasih berbahasa Arab, memang seronok dengar. Tidak rugi mempelajari pelbagai bahasa, lebih-lebih lagi bahasa syurga dan bahasa Alquran ini.

Sumber: Aidacitraida

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

Sumber : IslamikInfo

SoyaLemon.ORG

About videoviral

Read All Posts By videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *