- HIburan

“Saya Akan Ambil Tindakan Jika Guna Gambar Saya” – Zulin Aziz

PELAKON Zulin Aziz akan mengambil tindakan tegas terhadap segelintir peniaga produk kesihatan yang menggunakan gambarnya sebagai testimoni tanpa kebenaran.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, sudah empat kali dia menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga produk pelangsingan di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Saya warning sekali lagi kepada mereka yg guna gambar saya lagi2 berkenaan produk kurus.Jangan ambil kesempatan boleh tak?saya dah penatlah mcmni.Lepas satu,satu. Saya penat2 pergi gym ,saya minum @chocofithq nak kuruskan badan,suka2 hati je ckp kita makan produk dialah,kita ni ikut plan diet dia lah. Terima kasih @iamnajlaa bgtau aku.Aku stress mcmni.Tak baik tau meniaga tipu org.Kang apa2 jadi aku jgk yg dipersalahkan. Selagi xsaman betul2 selagi tu semua org amik kesempatan.Jadi pemaaf pun salah,jadi tegas pun serba salah. Siapa nampak gambar saya dekat mana2 iklan kurus selain dari @chocofithq, Tlg bgtau please.Nak saman berjemaah.Boleh kaya aku!Dah geram sgt dh. Ni dah produk ke-4 org guna muka saya,kali ni saya tak minta buat surat pemohonan maaf secara terbuka lagi dah.Senyap2 surat sampai kat awak nnt 😤 Pada tarikh 1/10/2018 saya secara officialnya dengan @chocofithq .Harap maklum.

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

“Perkara ini memang salah dan tidak boleh gunakan gambar orang lain sesuka hati kerana jika berlaku sesuatu yang buruk terhadap produk berkenaan tak pasal-pasal saya pula yang dipersalahkan.

“Kalau diikut ini adalah produk pelangsingan yang keempat, bermula di Facebook dan hari ini sahaja saya sudah jumpa dua produk yang menggunakan wajah saya di Instagram,” katanya kepada mStar Online.

Melalui hantaran statusnya di Instagram, bekas penyampai radio Suria FM ini turut menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap peniaga yang masih menggunakan wajahnya.

Pelakon filem Minah Moto ini turut berkata wajahnya hanya boleh digunakan untuk tujuan promosi produk pelangsingan Chocofit memandangkan sudah menandatangani kontrak bersama produk tersebut bermula Oktober.

“Kalau saya dapat dia (peniaga) tu, saya tidak teragak untuk mengambil tindakan saman.

“Namun saya sudah menerima permohonan maaf daripada dua individu dan mereka sudah menjelaskan bahawa mereka tidak jelas dengan akibat yang bakal dihadapi apabila menggunanakan gambar individu lain tanpa kebenaran,” tambah Zulin.

Sumber: IG Zulin Aziz, mStar

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *