- HIburan

Kena Sc4m Dengan Founder Produk Air, Dua Pelakon Lelaki Hampir Terjerat

Dua orang pelakon iaitu Iswan Ismail, 30, dan Ikhram Juhari, 27, mengakui mereka hampir terjerat dengan pen1puan licik seorang lelaki yang mendakwa dirinya founder produk air, baru-baru ini.

Menurut kedua-dua pelakon itu, perkenalan singkat menerusi Instagram termasuk individu berkenaan menawarkan sebagai duta selain mengajak mereka untuk projek-projek lain.

Ikhram sudah pun membuat laporan polis.
20
“Awalnya dia direct message untuk menawarkan saya sebagai duta. Sehari selepas itu kami berjumpa di Restoran Pelita, Jalan Ampang untuk berbincang lanjut mengenai projek berkenaan.”

“Hari kedua dia bawa ke lokasi used car dan kenalkan dengan jurujual, saya pun dah serahkan dokumen yang diminta iaitu salinan kad pengenalan dan lesen memandu.”

“Pada masa sama dia ada menawarkan lobang untuk beli kereta terpakai yang murah. Saya pun berminat dengan kereta Suprima S untuk kemudahan kerja pergi shooting.”

“Susulan tu saya tanya perkembangan kereta sebab katanya segala urusan diuruskan olehnya. Tapi setiap pertanyaan dia acuh tak acuh,” katanya.

Sementara itu pelakon Hero Seorang Cinderella, Iswan, ketika dihubungi turut menceritakan pengalaman hampir sama namun tidak memberikan sebarang dokumen diri kepada lelaki itu.

“Dia DM saya sekitar Februari tahun ini dan modus operandi pun sama seperti kawan saya Ikhram. Masa dia offer tu saya minta kontrak hitam putih terlebih dahulu.

“Selain offer jadi duta dia ada mengajak saya untuk projek pelaburan tapi saya tak berminat sebab masa berjumpa dengan dia di Starbucks, 1 Utama, imejnya tidak menggambarkan seorang profesional.”

“Sehingga hari ini dia masih WhatsApp saya namun saya tidak peduli, jelas Iswan.

Untuk rekod, lelaki yang mendakwa dirinya founder produk air, Adam Navin atau nama penuhnya Davinder Sigh Gurehman Sigh, sebelum ini pernah melakukan jen4yah berlainan dengan pengarah filem terkenal, Raja Azmi, yang ingin menjadi pelabur untuk projek filem terbaharu sekitar 2013.

Sumber: Sinar Harian