- Viral

Berkat Doa Anda Semua “Semua doa di FB saya aminkan” – Bapa lega anak senyap 3 tahun tiba-tiba bercakap

PERKONGSIAN seorang bapa mengenai ragam anak sulungnya yang masih belum pandai bercakap ketika usianya sudah tiga tahun telah tular di media sosial.

Sudah puas dipujuk dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengajar anaknya bercakap, namun segalanya belum membuahkan hasil.
Tambah mengharukan apabila anaknya, Uwais Darwish itu turut enggan menjamah makanan, sebaliknya hanya meminum susu untuk mengisi perut.

Bagaimanapun, pengarah drama, Shuhaimi Zulkefli mengaitkan perlakuan anaknya dengan gangguan makhluk halus.

Malahan, menerusi posting yang dimuat naik bapa berusia 30 tahun itu menunjukkan beberapa gambar dan video isteri serta anak lelakinya itu dikatakan diganggu entiti yang tidak boleh dilihat mata kasar.

Apa yang menakjubkan, selepas posting tersebut dimuat naik seminggu lalu, permata hatinya itu tiba-tiba boleh bercakap.

Salah satu catatan Shuhaimi mengenai gangguan yang dialami anaknya. – Facebook

“Umur Uwais sudah tiga tahun, tapi dia tidak pernah makan apa-apa langsung selain susu dan tidak boleh bercakap sejak lahir. Kami suap nasi sebutir dan air pun dia tak nak.

“Bila saya dah tak tahan dan rasa seolah-olah ada gangguan, saya kongsi di Facebook. Selepas dua tiga hari, anak saya tiba-tiba menjerit ketika dimandikan.

“Tidak lama kemudian, dia boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Jelas bapa kepada dua cahaya mata itu, beliau dan isteri  terkejut dengan perubahan mendadak anak mereka kerana kanak-kanak lelaki itu tidak tahu bercakap sejak dilahirkan.

Lelaki yang berasal dari Langkawi, Kedah itu menganggap keajaiban tersebut berlaku kerana berkat orang ramai yang mendoakan anaknya supaya lekas sembuh.

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 1 person, smiling

Kami suap nasi sebutir dan air pun dia tak nak. Bila saya sudah tak tahan dan rasa seolah-olah ada gangguan, saya kongsi di Facebook.

Shuhaimi Zulkefli

“Semua yang doakan anak saya di ruangan komen, saya baca satu-satu dan aminkan,” katanya.

Pasangan itu turut berusaha memulihkan keadaan anak mereka menggunakan perubatan moden dan rawatan Islam.

“Sebenarnya, kami sudah bawa Uwais jumpa doktor dan mereka kata dia ada tanda-tanda ‘mild autism’ seperti yang dialami oleh kebanyakan kanak-kanak seusianya.

“Dalam masa sama, kami berubat juga dengan ustaz. Seorang ustaz yang berkhidmat sebagai pegawai di jabatan agama negeri memberitahu saya, ada jin yang berkawan Uwais dan mengunci mulutnya untuk tidak bercakap dan makan,” demikian dakwa Shuhaimi.

Shuhaimi dan isteri memiliki dua cahaya mata yang berusia tiga tahun dan sembilan bulan. – Facebook

Di sebalik segala kejadian mistik yang melanda anak sulungnya itu, Shuhaimi mengakui bahawa ia berkaitan dengan penyakit yang dialami oleh isterinya.

“Sebenarnya, isteri saya sendiri yang sakit, orang kata ada saka dan kami dah buang sejak dua tahun lalu.

“Kita tak boleh simpan saka ni, kalau simpan jadi syirik. Kalau simpan juga, ibarat kita nak bagi dia makan untuk jaga kita dan bukan bergantung dengan Tuhan,” katanya.

Like n share Facebook @layanVideo

Sumber

sumber mstar

About videoviral

Read All Posts By videoviral
error: Content is protected !!