“Suara yang klasik & merdu…” – Lelaki ini Cover lagu P.Ramlee tapi suara ibu curi perhatian

Hasil karya seni Almarhum Tan Sri P.Ramlee dahulu sehingga kini masih menjadi dambaan, bukan sahaja filem yang tidak jemu untuk ditonton, tetapi lagu-lagunya tetap lagi didendangkan.Baru-baru ini tular di Twitter, video yang dimuat naik seorang pemuda dikenali sebagai Ashman Shaharir, menyanyika lagu klasik Bagai Bulan Dipagar Bintang secara akustik mendapat perhatian netizen disebabkan oleh ibunya.

Suara mak jadi perhatian…

Dalam video yang berdurasi 2 minit 16 saat itu memaparkan Ashman bermain ukulele sambil menyanyi, sebelum sampai giliran ibunya yang turut bernyanyi.Mendengarkan suara merdu ibunya, ramai yang bagaikan ‘cair’ dengan nyanyian itu kerana terlalu sedap dan klasik seperti kembali semula ke zaman dahulu.

Ibu malu, tapi dia punya suara yang merdu
Di dalam video tersebut, tidak ditunjukkan wajah ibunya kerana kata Ashman, ibu seorang yang pemalu. Namun, baginya dia mahu semua orang mengetahui betapa merdu suara ibunya.




sumber : ashman shaharir

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: