- Viral

Subhanallah, Kecantikannya Umpama Pelangi Pagi. Sungai 5 Warna Memukau Semua Orang. Hebatnya Ciptaan Allah

Cano Cristales – “Sungai Tercantik dari Syurga di Colombia”

Biasanya setiap kali hujan turun terutamanya hujan panas, kita akan melihat pelangi. Sangat cantik warnanya. Biasanya seperti nampak di langit. Namun tahukah anda ada sungai yang sama indahnya dengan pelangi?

Related image

Ianya terletak di Columbia iaitu Sungai Caño Cristales digelar sebagai sungai paling indah di dunia oleh mereka yang pernah mengunjunginya.

Image result for cano cristales

Sungai ini biasa disebut ‘Sungai Lima Warna’, ‘Pelangi Cair’ bahkan ada yang menyebutnya sebagai ‘Sungai Maha Indah di Dunia’ kerana keindahan yang terhasil melalui kombinasi warna seperti merah, kuning, hijau dan biru di bahagian bawah sungai memberi penampilan yang sangat unik dan menarik.

Image result for cano cristales

Warna airnya sangat cantik. Ianya berlaku hasil daripada kewujudan tumbuh-tumbuhan air tawar yang dikenali sebagai macarenia clavigera ditambah dengan kejernihan airnya dan kebersihannya. Suasana ini sukar untuk di lihat di tempat kita bahkan di tempat lain.

Related image

Antara bulan julai hingga november, tumbuhan berwarna merah akan berpaut pada batu di sepanjang sungai bersama dengan lumut, tumbuhan akuatik dan batu karang. Gabungan kesemuanya itu mewujudkan suasana warna-warni di bawah permukaan air yang sangat cantik memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Image result for cano cristales
Sungai Caño Cristales terletak di Columbia

Menurut portal Pandotrip, kejernihan airnya yang tembus hingga ke dasar sungai membolehkan pengunjung melihat hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan di bawah permukaanya. Batu-batan yang ada pula menghasilkan warna kelabu, menyempurnakan lagi keindahan landskapnya. Sungguh cantik panorama ini yang jarang sekali boleh di lihat.
Image result for cano cristales

Ibarat pemandangan syurga dunia. Harap-harap diberi peluang untuk sampai ke sini suatu hari nanti.

Sumber: strangesounds via Mukmin Solution

About videoviral

Read All Posts By videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *