- Viral

“Syukur, tak putus orang naik kereta saya, GrabCar pun tawar ganjaran”

PETALING JAYA: Selain bersedekah, membantu mereka yang lemah dan memudahkan urusan orang lain juga dapat membuka pintu rezeki seseorang dengan lebih luas.

Begitulah yang dialami oleh Yunus Rusli, 26, selepas membantu menghantar pulang seorang pesakit kanser paru-paru tahap empat dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pulang ke rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya.

Tindakan Yunus yang tidak mengambil bayaran daripada penumpangnya, Zamri Mohamed, 41, menerima pujian netizen yang rata-rata tersentuh dengan keikhlasan hatinya.

Yunus turut dihubungi pihak GrabCar selepas insiden tersebut tular.

“Sebelum ni, ada turun naik jumlah pelanggan yang membuat tempahan GrabCar dengan saya.

“Tetapi, selepas kisah itu ‘viral’, Alhamdulillah tak putus-putus orang yang naik kereta saya. Mungkin ini berkat doa mereka yang mendoakan kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Tambah pemuda yang menetap di Banting, Selangor itu, dia yakin pemandu lain yang berada dalam situasinya akan melakukan perkara sama, cuma secara kebetulan kisah melibatkan dirinya mendapat perhatian netizen selepas dikongsi di media sosial oleh penumpang berkenaan.

Menurut Yunus, pihak GrabCar juga ada menghubunginya untuk memberikan ganjaran namun dia belum berkesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan syarikat e-hailing tersebut.

Posting yang dimuat naik oleh Zamri di Facebook pada Rabu lalu.

Katanya, niatnya membantu penumpang berkenaan adalah ikhlas dan tidak mengharapkan sebarang balasan kecuali daripada Allah SWT.

“Hari tu rezeki abang tu, hari kita tak tahu lagi bila. Mungkin dengan membantu dia, Allah akan hantar orang lain bantu ahli keluarga kita pula,” ujarnya.

mStar Online pada Ahad melaporkan kisah seorang pemandu e-hailing tular di media sosial kerana enggan mengambil bayaran daripada pelanggannya.

Penumpang tersebut berkata, dia memuat naik posting tentang insiden itu di Facebook kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada pemandu GrabCar berkenaan.

Sumber: mstar

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *