- Petua/Tips

Tampil Anggun Dan Bergaya Di Majlis Pertunangan, Wanita Ini Dedah Cara Lenyapkan 32 Kg & 10 Tip Diet Mudah

Siapa yang tidak mahu mendapatkan berat badan idaman? Bagi mereka yang memiliki berat berlebihan, ini yang mereka dambakan. Pasti akan terdetik rasa cemburu melihat orang lain cantik apabila bergambar dengan OOTD bersaiz S.

Pelbagai cara berdiet dikongsikan dan terkini bagi mereka yang mahu turunkan berat badan kini boleh menggunakan cara diet eat clean atau Intermittent Fasting yang terbukti berkesan.

Walaupun ada kesedaran tetapi usaha untuk ke arah itu terbantut apabila sukar membendung selera makan melihat pelbagai juadah menyelerakan. Namun begitu sebenarnya juga terdapat cara lebih mudah untuk mendapatkan berat badan ideal.

Seperti perkongsian wanita ini Alia Amira Rohadi di laman sosial facebook yang berjaya menurunkan berat badan 32 kg hanya dengan mengamalkan 10 tip diet mudah.

Walaupun perkongsian diet ini dilakukan beberapa tahun lalu, tetapi berat gadis ini  masih lagi maintain hingga sekarang. Gadis ini juga kelihatan gembira dan tampil anggun dengan tubuh ideal di majlis pertunanganya Mac lalu.

Pesannya jangan cepat putus asa atau down, kerana yang penting kesungguhan melakukan diet dengan harapan mahu mendapatkan berat ideal yang diimpikan.

Berat dan wajah terkini.

Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirahim

(90kg-58kg) 32kg = Loss 10kg in 1 month

Haaa sebelum tu nak cakap dulu, tips diet ini BERGANTUNG kepada metabolisma, kerajinan serta disiplin yang kuat tau!

1. DETOX!

Mula-mula, kena detox dulu badan tu haaa. (Maksudnya pastikan banyak buang air besar)

2. KURANGKAN KUANTITI DALAM HIDANGAN

Pengambilan diet seharian yang saya amalkan ni kalau korang nak tukar or untuk breastfeding mom boleh lebihkan portion protein (better refer pakar / dietition dulu)

Pagi:

Roti 3 keping+ Green Tea

Air suam (wajib ambil mcm2 mana pon)

Sebelum pukul 9 pagi (kalau utk pesakit kencing manis whole grain bread tau?.. Kalau yg memang manis muka dia tu.. Roti gardenia kosong tu jee haa?)

Perubahan yang cukup ketara.

Lunch:

Nasi 2 senduk (sebab orang melayu tulen. Kalau tak makan nasi tak boleh hdup rasa).

Ayam atau ikan

Sayur hijau rebus/ kukus ( Saya tak suka lauk kari so memang tak ambil. Kadang2 kuah kicap je. Student kan, pepaham lah ekonomi macam mana. Kalau duduk rumah request dengan umi nak makan “ikan singgang”

Nii kalau hari2 makn telor goreng nanti jadi sadoo jangan salahkan sis yee???

Dinner:

Buah epal hijau (ini pun pilihan, kalau lunch tak ambil lagi nasi, saya ambil time dinner, tak lebih pukul 8 malam.

(Ehh plisss,, jangan gtal2 nak makan pizza kaa nugget ka malam2 ni acah-acah mat salleh tau)

Turun 32 kg lepas amal 10 tip diet.

3. MESTI MINUM AIR SUAM 2-3 LITER SEHARI

Dalam sehari kena ambil 2-3 liter air suam / day ni wajibalghunoh utk yg nak loss weight 10kg/month.

4. MINUM TEH HIJAU

Saya memang tekankan pengambilan Green Tea.

Bukan kata mnum Green Tea tak jaga makan, tak senam tuptup turun 20kg. Ehh memang idokkk ler..

Ia MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia jgk bantu dalam weightloss.

Seronok dengan perubahan dialami.

Saya peminat Green Tea Ahmad ?blh dptkan di Tesco atau Aeon atau boleh beli dengan Muhammad Harith Syazwan.

5. SENAMAN 30 MINIT

Setiap hari korang WAJIB workout 30min/day.

Untuk perempuan boleh lah nak zumba.

Haaa ni kalau yang keje ofis tu mohon buat lebih, sebab korang kurang bergerak berbnding cikgu atau nurse yang selalu ke hulu hilir ni..

6. TAK PERLU ELAK NASI

Jangan nak acah2 makan oat, makan biskut, roti, dan sebagainya.

Tahu tak, sebenarnya semua ni lagi banyaak bebanan untuk diproses berbanding makan nasi. So, please refer dietition sebelum buat keputusan tau!

7. PANTANG AIS & AIR MANIS

KENA pantang ais, air yang disejukkan, abc, cendol, cool blog, segala mak nenek yang sejuk.

Just minum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day).

8. JANGAN MAKAN ‘FAST FOOD’

Pantang lah segala ‘fast food’ macam KFC, McD, Pizza, Subway semua tu untuk 3 minggu pertama tanpa ada ‘treat day’.

9. SELALU TIMBANG, JAGA EMOSI

Timbang dulu sebelum mulakan misi.

Setiap minggu make sure timbang!

Jaga juga emosi tu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan juga.

Kalau genetik jenis obesiti, korang kenelah lipat gandakan usaha. Sebab potensi utk loss weight 10kg/week tu lebih rendah.

10. AMAL 2-3 GELAS AIR SUAM SELEPAS BANGUN TIDUR

Bangunn je dari tidur sebelum korang pergi toilet, sebelum gosok gigi, terus minum air kosong agak2 dalam 2-3 gelas ( kalau air suam, amaaaat dan sangat digalakkan)

Kalau seminggu korang blh loss cuma 3kg, Janganlah sedih dulu! Kalau 4 minggu dah dapat berapa? Haaa gitu.

Pesannya jangan tak kuat semangat & jadi down.

JANGAN CEPAT MENGALAH!

Satu lagi nak pesan ni, jenis yang tak kuat semangat atau cepat down.. Please, sayang cari kekuatan kamu.

SEMOGA MENJADI INSPIRASI

Diharap tips diet ini dapat memberi semangat kepada ramai lagi wanita dan lelaki yang dalam misi untuk menurunkan berat badan.

Jangan anggap ianya sesuatu yang tak mustahil. Buktinya ada di depan mata!

‘Like’ Facebook Kami Di Page Layan Video dan ‘Share’ Jika Bermanfaat.

Sumber: Hijabista

error: Content is protected !!