- Viral

“Terdiam Sekejap Mengenangkan Masa Dulu Mak Suapkan, Terasa Sebak Pulak”- Perkongsian Dari Harry Zulkifli

Teringat dulu2 masa mak mula sakit, saya masih bersekolah time tu. Sekolah menengah, Nak masuk tingkatan 1 time tu. Banyak kali ulang alik pergi hospital jaga mak. Keluarga susah, bukan keluarga senang. Mak muda2 dah kena kencing manis dan darah tinggi. Tak lama lepas tu mak menghidap kerosakan buah pinggang.

Dulu terpaksa guna public transport masa nak pergi hospital. Agak payah, bermalam kadang2 sampai seminggu kat hospital teman mak. Banyak kali juga mak masuk ke zon kritikal, masuk ke unit kecemasan. Sebak sangat masa tu sebab mak selalu pengsan tak sedarkan diri.

Image may contain: one or more people, bedroom and indoor

Sekarang mak dah dialysis selama 12 tahun. Badan pun kadang tak kuat sangat dah. Kesian kat mak, doa dia selalu ada dengan saya. Dia juga banyak doakan saya untuk berhijrah. Tak pernah putus berdoa utk saya dari dulu lagi.

Dekat hospital teman mak, Mak cik dekat sebelah cakap. ” Lama tak tengok anak suap mak, selalu tengok mak je suapkan anak ” saya terdiam, teringat dulu2 mak selalu suap saya, bagi saya makan. Sebak kan. Jum sahabat semua, kita buat baik dengan mak ayah kita. Khidmat mereka, bantu mereka selagi mampu. Selagi mereka ada. InsyaAllah

Alhamdulillah, satu persatu Allah susun atur hidup saya. Segala penat lelah, pengorbanan dalam hidup. Semakin hari semakin baik. Tenang hati ini, bahagia rasa.

Dulu saya tidak ada peluang untuk dapat semua ni. Sehabis usaha saya telah cuba dahulu. Sekarang Allah bagi semua tepat pada masanya. Gambar ni lengkap buat pertama kali. Selalu ada gambar mak jee, tak ada gambar ayah. Sekarang dah ada.

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and indoor

I love you Mak, tidak ada orang lain sehebat mak, tiada ada insan lain sekuat mak. Mak contoh bagi saya dan semua keluarga saya. Bila kita letak segala takdir dan bergantung pada Allah. Allah boleh datangkan keajaiban tepat pada saat yang Allah nak.

Semua dah takdir. Rancangan Allah sangat baik. Semua ini semangat saya untuk terus kuat. Ujian tetap akan datang dalam hidup saya, ujian itu semua nak bagi saya kuat. Terima kasih ya Allah.

Sumber:  fb Harry Zulkifli

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *