- Viral

‘Tiba-Tiba Jatuh Sakit & Hilang Punca Pendapatan’ – Pasangan Ini Bangkit Dari Kesusahan

Setiap kejayaan individu itu pastilah ada kisah disebaliknya yang belum tentu ramai yang mampu harungi. Betul tak? Apa yang penting adalah semangat untuk lebih berjaya dan bangkit dalam hidup.Seperti perkongsian individu ini dimana seorang lelaki yang dulunya merupakan seorang usahawan minyak tiba-tiba jatuh sakit hingga menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga berubah. Namun, lihat bagaimana pasangan suami isteri ini bangkit berusaha meneruskan kehidupan. Sangat inspirasi!

Hilang upaya dan kehidupan berubah

Sakinah Lee adalah anak murid awal brader beliau juga tidak kurang hebat bisnesnya bersama kami. Jualan tahunan beliau mencapai RM 4.8 juta setahun. Tapi hari ini bukan brader nak cerita kehebatan sakinah berniaga😅.

Kisah HD sakinah… Titin dan syafizan mengharungi cabaran kehidupan apabila syafizan seorang usahawan oil & gas tiba2 jatuh sakit dan hilang upaya setahun yg lepas. Kehidupan keluarga ini bertukar 180 darjah. Suaminya perlukan rawatan dan bekalan susu khusus melalui tube😭… mereka hilang punca pendapatan. Mereka hanya bergantung dari pemberian keluarga dan juga baitul mal untuk menyara anak seramai 5 orang. bagi keluarga ini duit bantuan baitul mal itu ibarat macam mendapat seketul emas setiap bulan. Titin tidak blh bekerja kerana syafizan harus d bantu untuk bergerak.

Dari awal tiada modal

Sakinah di pertemukan dgn pasangan ini apabila ada sahabat mohon sumbangan untuk mereka. Bermula dari situ lah juga Titin di latih oleh sakinah menjadi HD. Titin dan syafizan x punya modal… sakinah buat event bersama mereka d sekolah2 dan keuntungannya d jadikan modal buat Titin. Syafizan tidak mahu tewas… didalam kesukaran itu beliau tetap berdegil untuk turun berjualan bersama😭. Anak2 ini sedar kesusahan ibubapa mereka, anak2 ini tidak meminta malah anak2 ini juga turut sama membantu dgn menjual d sekolah pada rakan2 dan untungnya d jadikan duit belanja sekolah mereka. “Cik hari ni kita makan kenduri cik”… itulah kata2 anak2 ini pada sakinah bila ibu mereka membelikan mereka nasi goreng pattaya sekembalinya dari berniaga. Bagi anak2 ini nasi goreng pattaya itu begitu enak ibarat makan kenduri.

Jadikan sebagai inspirasi buat semua

Kini jualan titin dan syafizan telah meningkat. Dalam kesusahan itu mereka blh jual 1 pallet susu uht seminggu. bulan ini sahaja beliau blh dapat untung kasar hampir RM 2000 ringgit. Jadikan lah cabaran Titin dan syafizan ini sebagai pendorong kita untuk belajar erti kehidupan, cabaran, ketahanan, kesetiaan, semangat untuk bangkit semula. Titin punya sejuta alasan untuk gagal, syafizan juga begitu…tetapi mereka sedar… alasan tidak dapat membantu mereka.🌹sakinah 🌹Titin… SELAMAT HARI WANITA

KOmen Netizen :

Like n share facebook page kami di @LayanVideo

Sumber Azmi

About videoviral

Read All Posts By videoviral