- Semasa

Traged1 Christchurch: Ini Reaksi Tun M Yang Ditunggu-Tunggu Dunia Islam

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam reaksinya kepada serangan pengg4nas di New Zealand berkata, keg4nasan tidak mempunyai sempadan, dan “kita tidak tahu bila mereka (pengg4nas) akan menyerang.”

Dr Mahathir berkata, beliau sebenarnya sebelum ini pernah menulis surat kepada Perdana Menteri Britain, yang mengatakan “anda tidak boleh memer4ngi keg4nasan seperti berper4ng dalam peper4ngan konvensional (kerana) anda tidak tahu di mana mereka akan menyer4ng.”

Beliau juga berkata, cara yang paling baik untuk menangani keg4nasan ialah dengan mengetahui apa punca sebenar mereka melakukan tindakan keg4nasan itu dan cuba menyelesaikan atau menghilangkan punca-punca keg4nasan tersebut.

“Kita tidak dapat menjamin ia tidak akan muncul di sini atau di sana,” kata beliau pada sidang media selepas menyerahkan kad keanggotaan Bersatu kepada lapan bekas pemimpin UMNO Sabah di sini hari ini.

Kepada satu soalan, Dr Mahathir berkata Malaysia bernasib baik kerana mempunyai perisikan yang baik dan efisien.

“Kita tahu siapa mereka, kita tahu pergerakan mereka, sebahagiannya sudah kita tangkap dan kita cuba memulihkan mereka,” tambah beliau.

Laporan media menyebut dua serangan pengg4nas berlaku di dua masjid di Christchurch ketika orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat hari ini yang mer4gut nyawa lebih 40 orang manakala berpuluh-puluh lagi ceder4, termasuk dua rakyat Malaysia.

Terdahulu, Dr Mahathir, dalam hantaran di laman Facebook beliau menyatakan amat kesal dengan serangan kej4m pengg4nas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand itu.

“Kami berharap kerajaan New Zealand akan men4ngkap para pengg4nas itu dan mengambil tindakan yang perlu mengikut undang-undang negara itu,” katanya. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

error: Content is protected !!