- Viral

Tular 3 Cendol Durian RM114, Ini Respond Pemilik Kedai Raja Cendol Taming Sari

MELAKA – Sekeping gambar memaparkan tiga mangkuk cendol Raja Cendol Taming Sari di Bandar Hilir di sini berharga RM114 yang tular di laman sosial adalah disebabkan isi durian jenis Musang King digunakan di dalam menu tersebut.

Pemilik kedai berkenaan, Muhammad Ariff Qayyum Mohd. Zamri, 25, berkata, harga itu adalah munasabah bagi mereka yang arif tentang jenis durian termasuk kualiti isi Musang King.

.

Pemilik Raja Cendol Taming Sari tetap mempertahankan harga cendol di premisnya meskipun menyedari ia didakwa mahal sehingga menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Jelasnya, menu cendol Musing King itu dijual mengikut berat isi durian antara 120 gram sehingga 150 gram setiap hidangan.

“Malah, sejak memulakan perniagaan pada 2017, pihak kami memaparkan senarai harga bagi setiap menu cendol yang dijual antaranya Cendol Musang King (RM38), Durian Udang Merah (RM20), Durian D24 (RM20), Durian Kahwin (RM17) dan cendol biasa RM7.

“Bagi penggemar durian, mereka sudah pasti mengetahui harga yang ditetapkan itu adalah munasabah, cuma saya bimbang kritikan ini dilemparkan oleh penggemar cendol yang tidak arif dengan harga durian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Jaiya Abu berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan harga di premis cendol tersebut dan berpuas hati dengan syarat jualan yang dilaksanakan.

“Pada petang tadi sepasukan anggota penguatkuasa telah membuat pemeriksaan harga di premis berkenaan dan mendapati pemilik tidak melanggar apa-apa syarat perniagaan termasuk tanda harga serta produk jualan,” katanya.

Hari ini sekeping gambar tular dalam media sosial memaparkan tiga mangkuk cendol durian Musang King beserta sekeping resit tertera harga RM114.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar pembeli berkenaan sama ada untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap harga cendol Musang King yang dibelinya atau sekadar ingin berkongsi pengalaman menikmati cendol durian premium itu.

Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri, 25, menunjukkan menu paling istimewa di Raja Cendol Taming Sari, cendol durian musang king. Gambar kanan: Tular di media sosial mengenai harga tiga mangkuk cendol durian musang king yang dikatakan mencecah RM114 sejak semalam.

Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri, 25, berkata, insiden yang berlaku ini sesuatu yang positif dan harga yang ditetapkan adalah berpatutan.

“Saya tidak tahu apa niat individu terbabit tetapi saya berterima kasih kerana tindakan itu secara tidak langsung boleh mempromosikan lagi kedai saya,” kata anak muda itu.

Menurut Muhammad Ariff Qayyum sejak perniagaannya dibuka kira-kira 19 bulan lalu harga yang dikenakan masih sama antara RM17 hingga RM38.

“Kepada pelanggan yang sudah biasa dengan harga durian mereka tidak akan pertikaikan lagi paras harga yang sudah ditetapkan kerana mereka faham.

“Harga cendol kami ditentukan berdasarkan jenis durian yang disediakan iaitu Musang King, Udang Merah, D24 dan D101. Malah, durian dalam setiap hidangan cendol sudah ditimbang antara 120 hingga 150 gram bagi setiap hidangan demi memastikan kepuasan pelanggan,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya juga ada menampal tanda harga di dalam dan luar kedai bagi memudahkan pelanggan mengetahui kadar harga ditetapkan.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Jaiya Abu ketika dihubungi memaklumkan pihaknya turut menerima aduan berhubung harga tiga mangkuk cendol durian musang king yang dikatakan mencecah RM114.

Menurutnya, sepasukan anggota penguatkuasa telah pun dihantar bagi melakukan memeriksaan terhadap premis itu dan mendapati perniaga terbabit mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Bagi saya tiada isu di sini, malah peniaga terbabit sudahpun menyatakan kadar harga bagi jenis cendol yang dijual dan terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih cendol yang mana mengikut kemampuan masing-masing.

“Lagipun, pihak kami dimaklumkan harga berkenaan sudah dikenakan sejak 2017 lagi,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Artikel : Sinar Harian via KLviral