- Agama

(Video) 7 Bahagian Tubuh Yang Disukai Jiin – Waspadalah Dan Ambil Tindakan-Tindakan Ini.

Ada 7 bahagian tubuh manusia yang menjadi tempat tinggal kesukaan jiin. Oleh itu kita dianjurkan untuk membersihkannya:

1.Lubang mulut manusia.

Jiin akan berusaha masuk ke dalam lubang mulut manusia ketika dia sedang menguap. Oleh sebab itu ketika sedang menguap, kita dianjurkan untuk menutup mulut. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Said bahawa Rasulullah bersabda : “Apabila seseorang dari kamu menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah), kerana syai tan akan masuk bersama dengan orang yang menguap.” (HR. Muslim)

2.Dibawah kuku manusia.

Maka kita dianjurkan untuk sentiasa memotong kuku, sunnahnya hari jumaat kerana jiin dan syai tan mengikat manusia melalui kuku-kuku yg panjang. Sebagaimana disebutkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda, “Potonglah (perpendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya syai tan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang.” (HR. Ahmad)

3.Lubang hidung manusia.

Ketika manusia tidur, ternyata jiin juga ikut menginap di batang hidung manusia. Oleh sebab itu ketika bangun tidur, kita dianjurkan untuk membasuh lubang hidung sebanyak tiga kali. Rasulullah bersabda, “Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah memasukkan (istinsaq) dan mengeluarkan air dari hidung (istintsar) tiga kali, karena syai tan itu menginap di batang hidungnya.” (H.R. Muslim).

4.Lubang telinga manusia.

Ketika seorang manusia tertidur hingga pagi tanpa mengerjakan solat malam maka bererti telinganya itu telah dikencing oleh jiin. Mereka sebenarnya suka menginap di telinga manusia. Sebagaimana diceritakan dari Abdullah bahawa di sisi Nabi bahawa ada seorang laki-laki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan solat (malam). Lalu beliau bersabda, “Syai tan telah kencing di telinganya”. (H.R. Muslim)

5.Urat darah manusia.

Sebagaimana telah disebutkan bahwa jiin atau syai tan menyusup ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah manusia. Dari aliran darah itulah jiin berusaha memperdaya manusia. Hal ini dijelaskan oleh Shafiyyah binti Huyay bahwa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya syai tan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui peredaran darah dalam tubuhnya.” (H.R. Muslim)

6.Lubang pusat manusia.

Lubang pusat merupakan tempat yang kotor kerana tidak ramai yang membersihkannya, sedangkan jiin dan syai tan sangat menyukai tempat-tempat yang kotor. Bahkan ketika seseorang diruqiyah diketahui bahwa kebanyakan jiin bersembunyi dan tinggal di bahagian lubang pusat manusia. Oleh itu kita tidak dianjurkan untuk membersihkan lubang pusat hingga mengoreknya, cuma cukup dengan cara membersihkannya dengan menyekanya secara lembut dengan air atau dengan kapas.

7.Lubang kemaluan manusia.

Syai tan dan jiin akan menambah rasa nikmat saat seseorang sedang berzin4 dengan cara memberi rangsangan kepada saraf kem4luan. Oleh sebab itulah dianjurkan untuk menjaga kebersihan organ kem4luan baik kepada lelaki atau pun wanita dan berdoa, “Allahumma janibna bisyaitan, wajanibna syaitan wamarazaqtana waqinna ‘azabannar” hanya dengan pasangan yg halal. Bila tidak dibaca doa, syai tan ikut saham yang kelak melahirkan keturunan yang berperilaku syai tan. Kerana itu kita dianjurkan untuk mengikuti sunnah Rasulullah iaitu dengan mencukur rambut kem4luan, memendekkan kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak. Sebab selain menjadikan tubuh lebih bersih dan sihat, kita juga dapat menghalangi jiin untuk bersembunyi pada bahagian tubuh tersebut. Astaghfirrullahl’adziim. Semoga bermanfaat. Aamiin Ya Rabbl’alaamiin.

Video:

Sumber: YouTube