- HIburan

[VIDEO] ” Cik Pia Tak Tahan Nak Eyak” – Netizen Terhibur Dengan Telatah Cik Pia Insan Istimewa.

Bukan artis pun tapi Bengah ini cukup dikenali di alam maya. Selalu memuat naik video bersama adiknya Cik Pia yang mengidap Sindrom Down ramai suka melihat gelagat mereka berdua yang lucu.

Selain itu sikap Bengah yang selalu melayan malah cukup menyayangi adiknya yang kurang upaya itu juga dikagumi. Kalau dilihat dalam video mereka berdua kita tahu hubungan rapat adik dan abang ini memang rapat, malah kadang-kadang buat hati tersentuh melihat layanan abang pada adiknya itu.

Semalam, Bengah telah memuat naik video dilaman instagramnya. Video tersebut telah menarik perhatian netizen dan mendapat 104.2k tontonan.

KAPSYEN IG:

“MAT NAK EYAK NI MAT..”

Begitulah kisah untuk harini yang bertukar menjadi tragedi buruk untuk hari isnin bagi seorang Abengah..

Bengah bawa Cik Bunge dan Cik Pia jalan pergi buat kerja. waktu balik Cik Pia perut memulas sebab dia nak membuang air besar.. PALING SELESA katanya adalah tandas rumah. Cik Pia dengan Bengah sama je. tak pernah curang dengan tandas rumah sendiri. adalah nikmat tidak terperi sebenarnya untuk melepaskan hajat ditandas rumah sendiri. mungkin Cik Pia tiada pilihan lain.. dia tak nak guna peluang untuk membuang dekat tempat lain. 😂HAHAHA! pedihnya menanggung tapi aku yang kena tanggung?

Tak apa.. jalan jem. nak bawa laju tak boleh walaupon waktu kecemasan ni. dan aku menghadapi situasi yang jarang berlaku ni. umur Cik Pia dah 20 tahun.. adakah Bengah perlu sediakan bekalan lampin untuk dia? 😂🤔 idea yang bijak tapi ini untuk kegunaan dimasa akan datang.

Pengajaran untuk harini. jangan pilih tandas. buang jela hajat tu. tak elok simpan lama lama.. berpinar otak ni berkongsi bau kau tau adik!!! 🤣 sematkan dalam diri.. SABAR ITU INDAH… abang sayang adik…

Video:

Rata-rata netizen sangat terhibur melihat telatah insan istimewa yang bernama Cik Pia ini..
KOMEN NETIZEN:

Lenkali, Orang Tak Tahan Berak Jangan Tanya Macam-Macam

main2 lagi Tanya ITU INI… Ahahah kan da berak

Cute sgt pia..

Semoga Allah Memberkati Ketabahan Bengah Menjaga Adik Istimewanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Ig Makhlokmacho

Kredit: soyalemon.net

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *