- Sukan

[Video] Penyokong Vietnam Berikan Guard Of Honour Kepada Penyokong Malaysia

Semangat Asean itu mekar di Hanoi. Selepas tamat perlawanan di antara Vietnam dan Malaysia, penyokong Malaysia telah diberikan Guard Of Honour di luar stadium oleh penyokong Vietnam.

Ultras Malaya telah menjadi salah satu simbol kepada Harimau Malaya dalam kempen kali ini. Mereka juga yang telah menarik perhatian ramai penyokong Vietnam sebelum sepak mula dengan perarakan di sekitar lorong di Hanoi.

Mereka juga sangat nyaring ketika di dalam stadium.

Malaysia tewas 3-2 secara agregate di tangan Vietnam dalam final Piala AFF 2018. Namun semangat Asean seperti ini sewajarnya diperkasakan lagi.

Sumber: SemuanyaBola

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral
error: Content is protected !!