- HIburan

[VIDEO] “Selingan Hiburan Pagi Hari” – Memey K0ngsi Rakaman Norman Menari Buat Ramai Terhibur

Pelakon, Memey Suhaiza pagi tadi telah berkongsi satu video di mana suaminya yang juga seorang pelakon, Norman Hakim sedang menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Memey mengatakan bahawa video itu dicuri rekod tanpa disedari oleh Norman sendiri. Kapsyen video tersebut tertulis;

“Selingan hiburan di pagi hari🤣
Nilah perangai kikim..
Suka music suka joget🤣
Sebab dapat dr ?……
Situasi …suami suruh sy pakai lagu ni utk video masakan sy..
Sbb klu siapa yg follow semua video #masakcaramemey mesti ada lagu background kan..
So suami suruh sy pakai lagu ni😁🤣
Bersemangat betul🤪😘
Uppss sorry love…😂 selalu dia curi2 record.. bagi chance kita pulak😅”

Menurut Memey, Norman mencadangkan supaya lagu tersebut dimasukkan ke dalam video masakan sebagai muzik latar belakang. Rata- rata netizen turut terhibur dengan gelagat Norman yang menari dengan bersemangatnya.

Komen netizen:

Banyak kali ulang

Goyee jangan x goyeee..

Gelak sampai keluar air mata

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 42, dan isterinya mempunyai tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan juga Mikayla Delisha Hakim, 6 bulan.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan aktres Abby Abadi, Norman memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @LayanVideo

Sumber : IG @memeysuhaiza, LimauMadu

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral