- Islamik

(Video) Subhanallah! Hafiz Cilik Ini Menangis Saat Sambung Ayat, Alasannya Buat Ramai Sebak!

Tular sebuah video memaparkan seorang hafiz cilik sedang membaca Al-Quran di hadapan tiga orang juri dalam satu pertandingan menjadi viral di laman sosial negara jiran Indonesia malah juga Malaysia.

Video itu menyentuh perasaan sebak dan mencetus keinsafan kalangan netizen apabila hafiz kanak-kanak itu mengalirkan air mata ketika memperdengarkan bacaan al-Quran.

Dia yang pada awalnya lancar membaca Surah Al-Jumuah,tiba-tiba memperlahankan suaranya pada ayat 8 dan menangis teresak-esak.Bagaimanapun kanak-kanak itu menangis bukan kerana tidak menghafaz ayat seterusnya, tetapi kerana memahami makna ayat ke-8 Surat Al-Jumuah tersebut.

Juri kemudian menjelaskan akan maksud ayat tersebut.

Ayat ke-8 Surah Al-Jumuah berkisarkan tentang kematian, iaitu semua yang hidup akan dikembalikan kepada Allah. Ayat itu bermaksud:

“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Meski viral di media sosial namun, nama dan latar belakang anak ini masih lagi menjadi tanda tanya termasuk netizen di Indonesia.Tapi satu yang pasti betapa kefahaman anak kecil ini pada makna al-Quran seharus membuat kita yang dewasa berasa malu jika tidak mendalaminya.

VIDEO:

..

Mengharukan, Bacaan Al Quran Anak ini terhenti karena Menahan Tangis Surah Al Jumuah

Dikirim oleh Video Viral pada Sabtu, 23 Maret 2019

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @LayanVideo

Sumber: www.tarbiyah.net

error: Content is protected !!