Viviana Abdullah Kembali Ke ‘Fitrah’ Pada Hari Raya, Segak Berbaju Melayu Buat Ramai ‘Tergugat’

Pastinya sejak hari pertama Aidilfitri ramai yang ‘lenguh’ jari menekan butang like di media sosial apabila masing-masing memuat naik gambar meraikan lebaran.

Walaupun tidak dapat berkumpul bersama sanak-saudara, namun kemeriahan hari raya masih lagi  terasa kerana masa inilah peluang berkongsi gambar berbaju baru serta sedondon dengan ahli keluarga yang lain.

Selebriti dan influencer juga turut sama memuat naik gambar meraikan lebaran dengan ucapan selamat hari raya buat semua.

Kembali ke fitrah sempena raya

Namun, bagi pengikut media sosial seorang infleuncer dikenali sebagai Viviana Abdullah pasti mengetahui status sebenar dirinya yang merupakan seorang lelaki.

Jadi, dia telah berkongsi gambar memakai baju Melayu dan sangat ‘macho’ sehingga menjadi perhatian di media sosial.

Dalam posting yang dibuat oleh influencer tersebut,  dia sebenarnya memenuhi permintaan warganet yang mahu melihat foto hari raya tempoh hari. Viviana memaklumkan pada Syawal pertama dia memakai baju Melayu dan kembali kepada fitrah asal.

Walaupun sudah memadam posting tersebut, Viviana tetap menghargai komen-komen yang diterima daripada warganet dan memuat naik semula kata-kata positif di ruangan IG story miliknya.

Justeru itu, ramai yang memberikan maklum balas yang baik-baik kepada Viviana di media sosial dan memuji penampilannya yang segak apabila menjadi lelaki sejati.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : trendingkini

 

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: