- HIburan

“Wahai Cinta Hati Permaisuriku, Awak Rindu Saya Kan” – Comelnya Saharul Ridzwan Pujuk Isteri

Gelagat cubaan pelakon Saharul Ridzwan untuk memujuk isterinya, Deena Emir yang merajuk mendapat perhatian netizen.

Kapsyen dan foto yang dimuat naik Saharul menerusi akaun Instgramnya mencuit hati peminat.

“Wahai cinta hati permaisuriku @deenaemir, janganlah merajuk dengan saya, say tahu awak rindu sangat dekat saya kan?

“Sabar kejap ye isteriku, saya kerja kuat-kuat, busy teruk ni untuk masa depan kita. Lepas ni bulan 12 kita pergi tempt paling tenang dalam dunia.

“Saya upload gambar dengan kapsyen ni bukan untuk menunjuk-nunjuk tau sayang, tapi nak minta backup dari followers supaya sokong saya untuk pujuk awak. @kisah.ali pun dah ready nak taip.

“Suami awak cintakan awak. Sayang awak kerana Allah. Cinta awak kerana Allah. Alhamdulillah hadirkan awak dalam hidup saya,” tulisnya.

Hasilnya, foto itu telah menerima lebih 100,000 likes dan hampir 600 komen.

Rata-ratanya memberikan respon positif dan juga komen lucu kepada pasangan sweet itu.

Saharul melangsungkan perkahwinan dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.

Pasangan tersebut menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

Nampak sangat Ali ikut muka Baba dia kan? Sem boy. 👶🏻👍🏻

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

 

View this post on Instagram

 

Cantik bila awak pakai Veil Aila ni sayang. ❤️ @qaabila.hq

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Foto: Instagram @saharulridzwan

sumber: Gempak

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *