- Petua/Tips

Wanita Ini Spend Hanya RM10k Untuk Majlis Perkahwinan 1,000 Orang Jemputan. Ini Tipsnya!

Soalan yang sering diajukan ketika berada di kampung waktu Hari Raya adalah: “Bila nak kahwin..? Dah ada calon ke..?” dan sebagainya.

Pening juga nak menjawab…

Tapi bagaimana pula jika anda sudah mempunyai calon namun perancangan untuk berkahwin dan mengadakan majlis perkahwinan masih belum boleh diselesaikan kerana belum cukup duit?

Mana tidaknya, majlis perkahwinan adalah majlis yang akan dilakukan sekali seumur hidup sahaja dan tetamu yang hadir bukanlah sekadar keluarga terdekat, malah rakan-rakan ketika di bangku sekolah, rakan sepejabat, sepupu, sepapat dan ramai lagi akan dijemput.

Sebab itulah bajet kena cukup dengan jumlah tetamu yang bakal hadir nanti.

Jika anda seorang yang simple dan tidak kisah tentang majlis perkahwinan ‘mewah’, boleh ikuti tips wanita ini yang hanya menghabiskan sebanyak RM10k untuk majlis perkahwinannya dengan jemputan seramai seribu orang. Wah!

Perkongsian ini ditulis sendiri di laman Twitter miliknya dan telah meraih sebanyak 3k retweets ketika artikel ini ditulis.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Semua perbelanjaan majlis perkahwinan adalah termasuk dalam kos RM10k ini kecuali :

Untuk syarikat katering mungkin akan berbeza harga di tempat lain kerana syarikat katering yang dipilih oleh wanita ini adalah salah satu syarikat katering yang menawarkan harga termurah di Kedah.

Jadi, jangan samakan dengan harga syarikat katering di tempat lain ya.

Pelamin pula memang nampak simple dengan harga RM1,400 sahaja. Okay lah tu, asalkan sedap mata memandang.

Untuk album kahwin pula, pasangan ini merupakan graphic designer jadi mereka mengambil keputusan untuk edit sendiri apa yang patut dan hanya upah rakan sendiri untuk menjadi juru gambar pada majlis perkahwinan mereka.

Kan dah jimat. Jadi, jika anda mempunyai rakan yang bekerja sebagai juru gambar, bolehlah minta harga murah sikit. Hehe.

DJ pun dibayar untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut dan dikenakan bayaran RM450 sahaja. Murah kan?

Kos untuk barangan yang lain juga tak berapa tinggi dan harga masih bawah bajet yang ditetapkan.

 

Di bawah pula adalah sedikit penambahan kos bagi memastikan majlis perkahwinan ini sempurna. Semua kos ini TIDAK TERMASUK dalam bajet RM10k itu ya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook kami @LayanVideo

Sumber tweeter

About videoviral

Read All Posts By videoviral