- Petua/Tips

Wanita mengalami kesakitan mata selepas salon kecantikan menggunakan gam gajah pada bulu mata palsunya

Gam gajah biasanya digunakan untuk seni kraftangan ataupun membaiki dan melekatkan benda-benda kecil.

Kredit gambar hiasan: Q-stationers

Melihatkan gam tersebut mempunyai pelbagai bahan campuran kimia yang bertoksik, membuatkannya adalah tidak selamat jika tersentuh ataupun disapukan pada kulit manusia.

Walau bagaimanapun sebuah salon kecantikan di Phuket, Thailand, memutuskan untuk menggunakan gam tersebut untuk melekatkan bulu mata palsu kepada seorang pelanggan mereka.

Sebuah video yang disiarkan oleh Fara Beautysalon pada 4 Ogos, menunjukkan wanita itu berbaring untuk mendapatkan prosedur penyingkiran bulu mata yang amat perit.

Fara, pakar kecantikan, berkata wanita tersebut pergi ke salonnya untuk meminta untuk mengeluarkan bulu palsu pada hari Jumaat, 3 Ogos.

Sumber: Fara Beautysalon

Sungguh menakutkan, Fara mendapati bahawa jurusolek terdahulu telah menggunakan gam gajah dan bukanlah pelekat kosmetik untuk menyambungkan bulu mata palsu ke kelopak mata pelanggan.

Sebuah laporan mengatakan bahawa mata wanita membengkak akibat dari penggunaan gam tersebut dan menjadi terlalu menyakitkan untuk membukanya.

Sumber: Fara Beautysalon

Fara berkata, ini adalah kes paling sukar yang pernah dilihatnya dalam tempoh 10 tahun bekerja sebagai seorang juru kecantikan.

Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi wanita itu, dia menggunakan cecair tertentu untuk melembutkan gam dan menggunakan pinset keluli untuk menarik setiap satu daripada bulu mata tersebut.

Dalam laman Facebook, Fara menggesa orang ramai untuk sentiasa melakukan penyelidikan dahulu sebelum memilih salon untuk mengelakkan kes seperti ini berlaku lagi.

Lokasi salon dimana wanita itu mendapatkan sambungan bulu mata palsu masih tidak jelas.

Sumber:  Fara Beautysalon

Video yang dimuat naik di media sosial mendapat lebih daripada 6,000 perkongsian sejak 4 Ogos.

Lihat video di bawah bagaimana proses mencabut bulu mata tersebut dilakukan:

Kredit: Fara Beautysalon/Facebook

Sumber: Fara Beautysalon/Facebook, Says

like n share Layan Video

About videoviral

Read All Posts By videoviral