Wow..Dua Beradik Kucing Ini Jadi ‘Instafamous’ Kerana Kecantikan Matanya

Uniknya makhluk ciptaan Tuhan ini, ramai yang menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan kesayangan kerana keistimewaannya yang tersendiri.

Malah ada kucing yang memiliki populariti lebih dari manusia kerana keunikan fizikalnya dan gelagat pelik mereka. Ini yang membuatkan haiwan tersebut menjadi kesukaan ramai.

Terbaru dua ekor adik-beradik kucing menjadi fenomena di internet apabila mereka miliki 123,000 pengikut di Instagram!

Apa yang menariknya mengenai kucing ini adalah mata mereka yang berwarna hijau, bulu kelabu dari spesis ‘Russian Blue Cats’ dan mempunyai senyuman yang agak misteri.

Kedua-dua kucing ini diberi nama Xafi dan Auri. Biarpun mereka dilahirkan pada tahun yang berbeza namun kedua kucing ini kelihatan seperti kembar kerana miliki rupa yang sama!

Keduanya dapat dibezakan dengan Xafi memiliki muka sedikit cengkung dan bujur berbanding Auri.

Malah keduanya juga memiliki personaliti yang berbeza. Auri sukakan perhatian dan gemar bergambar. Manakala Xafi adalah sebaliknya.

Amboi, sekarang haiwan pun dah boleh jadi instafamous tau!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Boredpanda

Content retrieved from: http://srimahligai.today/2019/07/31/wow-dua-beradik-kucing-ini-jadi-instafamous-kerana-kecantikan-matanya/.

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: